Muncul lagi seorang pengasuh mendera bayi di sebuah taska. Kejadian dipercayai berlaku di Batu Caves, Gombak, Selangor baru-baru ini terbongkar apabila dia dirakam kamera litar tertutup (CCTV) taska berkenaan.
Menerusi satu video dimuat naik di laman Twitter pada Jumaat, kelihatan wanita berkenaan berkali-kali menampar dan menekup muka bayi malang itu dengan kain sebelum ditinggalkan dalam keadaan menangis. Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan polis dikeluarkan berhubung kes tular berkenaan.
Twitter MyNewsHub Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan menggesa agar wanita berkenaan segera diberkas serta dikenakan hukuman setimpal. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT