Hasrat menamatkan zaman bujang terkubur apabila kekasih Ewal, Shania Miller memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir. Menurut Shania atau Shania Twain Anderson, 23, dia hanya menjalinkan hubungan singkat dengan penyanyi itu dan soal perkahwinan tidak pernah menjadi topik utama antara mereka.
"Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan Ewal lagi. Kami pernah bercinta sekejap sahaja dan sebenarnya tiada istilah nak nikah atau apa saja. "Kami pun sudah tidak lagi berhubung dan masing-masing sudah move on dengan kehidupan sendiri," katanya kepada mStar. Mengakui Ewal atau Ikhwan Hafiz Ismail, 31, pernah meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga, Shania bagaimanapun berkata dia tidak melihat sebarang usaha dilakukan untuk melangkah ke fasa tersebut. "Pada awalnya Ewal memang ada beritahu nak nikah hujung tahun tapi makin lama makin tak nampak jalannya.
"Saya rasa dia pun masih tak nak tamatkan zaman bujang dan pada saat akhir Ewal memberitahu dia mahu fokus kepada kerjayanya dan tidak dapat meneruskan perhubungan ini," ujarnya. Dedah Shania lagi, mereka sepatutnya bernikah pada Jun ini sempena ulang tahun kelahirannya, namun Ewal meminta untuk menangguhkan sehingga akhir tahun. Malah, ada peminat yang menyangka mereka sudah bernikah dan dia perlu menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai. "Kami merancang untuk bernikah secepat mungkin iaitu pada birthday saya Jun ini tetapi Ewal nak hujung tahun dan saya pun bersetuju. "Sampai sekarang masih ada orang yang beranggapan kami sudah bernikah dan saya mahu semua ini dihentikan," jelasnya. Enggan memanjangkan isu ini, Shania turut mendoakan Ewal bertemu jodoh lebih baik selepas ini. Namun dia juga tidak menolak sekiranya ditakdirkan ada jodoh bersama penyanyi lagu Kembalikan Semula itu. Sumber: mStar
|
exclusive_vvip replied at 2-6-2023 09:30 AM
Ewal ni yg masa budak2 dok buat show kat majlis2 gomen tu ke? anak penyanyi jugak kalu x silap..dulu ...
Prickford replied at 2-6-2023 05:50 PM
Anak Mel Wings
ADVERTISEMENT