CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiqin Kamal Selalu Kena Reject Sebab Pengikut Media Sosial Tak Ramai, Orang Benci Sebab Suka Bawa Watak Jahat

2-6-2023 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1353| Komen: 18

Description: Shiqin Kamal, 32, kecewa dengan sikap selektif sesetengah produksi, namanya ditolak gara-gara jumlah pengikut rendah dalam laman sosial.
Shiqin Kamal, 32, kecewa dengan sikap selektif sesetengah produksi, namanya ditolak gara-gara jumlah pengikut rendah dalam laman sosial.

Kalau kemasyhuran menjadi ukuran dan bukan bakat, Shiqin kata sampai bila-bila standard drama tempatan akan terus berada di takuk lama.


Foto: IG

"Saya kecewa biarpun lakonan sering dipuji, namun malangnya, nama saya sukar untuk diketengahkan kerana jumlah pengikut rendah dalam laman sosial.

"Jika sampai bila-bila jumlah 'follower' dijadikan ukuran, drama tempatan tidak akan ke mana.


"Jadi, syarikat produksi janganlah merungut jika pelakon memiliki ramai pengikut tidak boleh berlakon atau menimbulkan masalah disiplin seperti datang lambat.

"Ini kerana ia adalah pilihan penerbit dan pengarah, telan sahaja kerenah artis yang disanjung itu," katanya kepada BH Online.



Shiqin atau nama sebenarnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal berkata, pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut tidak lagi relevan kerana tidak menjamin rating atau mampu menarik penonton ke panggung.

Mula melakar nama menerusi drama Lagenda Budak Setan ketika berusia 19 tahun berkata, dia kembali mencipta nama selepas hampir empat tahun mengundur diri kerana menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjan Muda Sains Aktuari, Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Bagaimanapun, Shiqin bersyukur dia tidak bimbang soal tawaran dengan bantuan syarikat pengurusan yang cekap menguruskan kerjaya seninya.

"Ketika mula buat 'comeback' memang agak mencabar kerana perlu bersaing dengan nama baharu.

"Namun, saya bersyukur syarikat pengurusan membantu mendapat banyak peluang. Setakat ini, 'job' tidak pernah putus," katanya.


Sering ditawarkan watak antagonis, Shikin tidak nafikan watak hitam mampu melonjakkan nama, tetapi enggan memainkan peranan sama.

"Walaupun seronok membawa watak jahat, tetapi nama saya tidak membantu melonjakkan jumlah pengikut dalam laman sosial.

"Biarpun orang kata lakonan kita sampai jika ada orang yang membenci, namun saya pula tidak seronok jika ada yang menjeling atau menghamburkan kata-kata kurang enak untuk didengar.


"Jumlah pengikut juga tidak meningkat disebabkan persepsi penonton menyangka saya bersikap dalam dunia realiti," katanya.

Sementara itu, mengulas pencalonan awal menerusi kategori Couple Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 bersama Zahiril Adzim dalam filem Ada Hantu 2, Shiqin berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu namanya membolosi salah satu kategori.

"Lebih sedekad bergelar pelakon, saya tidak mengejar populariti, sebaliknya fokus kini hanyalah pada kerja.

"Pengurus memaklumkan mengenai majlis sidang media ABPBH 35, tetapi saya ingatkan hanya diundang memeriahkan majlis.


"Pada tahap sekarang, saya bukan lagi mengejar populariti. Jadi, saya memang tak sangka nama mampu bolos ABPBH 35.

"Jujurnya, saya belum ada perancangan atau strategi untuk memenangi kategori ini," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 2-6-2023 03:50 PM
sheols best kalau berlakon.

Iols sanggup tengok franchise Ada Hantu walaupun tak suka kekrul sebab ada sheols
Quote phalanx 2-6-2023 07:47 PM
berlakon best. tapi selalu watak kakak, jahat, dan pembantu. macam zaryn minn. tapi ok je kalau selalu ada job, biarlah orang nak kata apa pun
Quote rayray28 2-6-2023 07:52 PM
Dia ni yg org kata kekwat tu eh???
Quote dudaberhias 2-6-2023 08:42 PM
lakonan sheols ok jah...
tapi maybe sebab tak berapa cantik gitu lah nasibnyaaa orang2 yang kurang jelita ni...

tapi yang takleh blah bila dah cantik.. di gandingkan plak dengan hero rhoper ustaz kazim elias... choiii!

gampunk betul produksi astro n tv3... sekian....
Quote Raman 2-6-2023 09:03 PM
Aku rasa dia cantik
Quote kaedahnya 2-6-2023 11:03 PM
nak buat cemana dah ramai pelakon yang muda mudi jaman now. yang kayu, tak kayu semua ada. alangkan anak susilasalamu pun berlakon.
Quote samshik 4-6-2023 09:18 PM
Cantik die ni even xputih..
Quote nanasno 6-6-2023 09:50 AM
wow grad actuarial science ya. bijak ya sheols.
Quote anilanil 6-6-2023 10:43 AM
Dia berlakon tak kayu. Muka pon lawa la dari pelakon bbnu. Tapi maybe btol la, tak ramai followers.
Quote little_sis 6-6-2023 10:56 AM
Dia pandai berlakon, suara pun sedap didengar..
Quote SembangKari 6-6-2023 11:03 AM
Kat mata aku dia herlok je. Luck takde kot.
Quote dolladolla 6-6-2023 01:02 PM
Pada akula kebayakan artis perempuan kat msia ni lawa2 walaupun lawa dorang tu terdiri dr pelbagai kategori sebaliknya yg lelaki plk ya Rabbi x selera aku menengoknya mmg kebanyakan hodoh2 belaka.......dgn selenganya, dengan boyaknya dengan selekehnya dengan berkaratnya dengan katiknya ahhh mcm2lah!
Quote VespaSilbe 6-6-2023 01:11 PM
Iols pun vote sheols lawa.. berlakon pun tak kayu.. actuarial science bukan gaji banyak ke.. lebat gak kan
Quote hanna88 6-6-2023 01:12 PM
walau dia x selalu jadi heroin
iols suka dia berlakon
bagi iols dia lawa
Quote lasagna 6-6-2023 01:18 PM
kaka pun suka sheol ni, pnadai berlakon, tak kayu pun.
menjiwai watak dia ni, ooo masa lagenda bdk setan dia br acting..
masa dia jd bff dgn ummi nazeera cite apa ntah dlu, best kot.
Quote TomyamPuteh 6-6-2023 01:26 PM
Cantik dia ni. Berlakon pun tak kayu.
Quote inspektoremos21 6-6-2023 01:28 PM
Dia ni cantik la.. muka mahal gitu. Bukan mcm muka patin pipah, bella astillah jenis muka sesuai produk timbang kilo.
Quote jargon 6-6-2023 02:36 PM
Aku suka watak antagonis..kadang dorang lg classy dr heroin..haha

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070061 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top