Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis memutuskan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan selepas tiga banduan mengaku bersalah meliwat seorang banduan lain Februari lalu. Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Pusat Pemulihan Akhlak Machang.
Tertuduh, Muhammad Tarmizi Mohd Sandy, 25; Wan Zulharie Wan Mustapha dan Mohamad Ariff Emeran masing-masing 32 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Hakim sebelum membuat keputusan itu memberitahu, kes berkenaan sangat serius dan mendatangkan kesan trauma yang tidak berbelah bahagi kepada mangsa. Mengikut pertuduhan yang dibuat secara berasingan, ketiga-tiga mereka didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang berusia 26 tahun dan merupakan banduan baharu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B KAnun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Sebelum itu, Wan Nurul Hanini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan boleh memberi kesedaran kepada masyarakat berikutan ketiga- tiga tertuduh sedang menjalani hukuman lain di penjara itu. Pendakwaan turut mengemukakan alasan tertuduh sepatutnya berkelakuan baik ketika sedang menjalani hukuman. Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga tertuduh dari tarikh dituduh. Sumber: Sinar Harian
|
supernaturalee replied at 2-6-2023 03:58 PM
ni yg buat report dan berjaya dibuktikan
yg rela??????
prince_marhaen replied at 2-6-2023 04:03 PM
rela tak @dudaberhias ?
dudaberhias replied at 2-6-2023 04:38 PM
Choiii... Rhoper macam gampunk yach...
So iols tak rela nak di hempuk dan smackdown seperti zarina ...
prince_marhaen replied at 2-6-2023 05:12 PM
hahahahaha chuols dah pandai select ye sekarang... dik eman bakor gf tu ntah2 dah kena kekah ye ka ...
laksmanabentan replied at 3-6-2023 09:39 AM
di rodok kat mana tu? mesti ler memalam kat bilik mandi kann...
bila line clear sini ko....
ctaz replied at 3-6-2023 11:30 AM
aku rasa tak...kalau penjara malaysia...
satu sel kadang 4 org satu sel...
kalau dadah 6-8 org sat ...
ADVERTISEMENT