Tular di Twitter luahan seorang isteri mendapati perbualan suaminya dengan rakan wanita bercerita hal di ranjang. Terguris hatinya mendapati suami bercerita hal dalam kelambu kepada orang luar lebih-lebih lagi isteri orang.
"Suami bercakap dengan dia pasal hubungan intim kami... hal klimaks. Secara khususnya mereka berbicara tentang kesuburan saya dan bagaimana kami mengadakan persetubuhan. "Mula-mula kawan suami tu tanya kenapa saya belum mengandung lagi selepas seminggu kami dah bernikah," kata wanita itu kecewa dengan suaminya. Walaupun begitu, ketika wanita berkenaan berdepan dengan suaminya untuk mendapatkan penjelasan, si suami ternyata hanya memandang enteng isu tersebut. "Dia kata perkara tu biasa je, satu permasalahan yang tak perlu dibesar-besarkan. Mendidih darah saya dengar dia tergamak cakap macam tu.
"Sekarang kami tengah bergaduh besar sebab dia terlalu yakin dengan diri dia, terlalu pasti yang benda tu tak ada apa-apa," kata wanita itu masih sukar menerima kenyataan tentang suaminya. Perkongsian wanita itu mendapat perhatian seorang warga maya yang mengakui keadaan masyarakat hari ini sememangnya dicemari budaya kuning. Sumber: mStar
|
emma.giggs replied at 2-6-2023 04:03 PM
Bukan terasa hati la anat. Terkilan aku rasa lebih sesuai. Terasa Hati tu mcm gaduh2 manja. Gile xma ...
renko replied at 2-6-2023 06:36 PM
apa lancau seminggu kawen leh tahu ngandung ke
_kelly replied at 2-6-2023 05:41 PM
yang bini org tu sibuk sangat bini kawan tak ngandung apahal??? baru seminggu kahwin kan
ADVERTISEMENT