PETALING JAYA – Media sosial kecoh dengan isu pemilikan MyKid yang didakwa tertangguh sehingga enam bulan. Orang ramai juga mengeluh disebabkan terpaksa membawa surat beranak anak masing-masing jika ingin membuat sebarang urusan berkaitan.
Menerusi satu perkongsian di Facebook hari ini, ibu bapa terpaksa menunggu lebih dari enam bulan untuk mendapatkan MyKid kerana alasan kad tersebut tiada stok. Difahamkan keadaan tersebut sudah berlaku agak lama seperti tiada cara tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib. “Ke hulu hilir bawa surat beranak, kalau surat beranak tu kecik tidak mengapa, ini kemain lagi besar. “Difahamkan MyKid sekarang tiada stok, ibu bapa terpaksa menunggu lama untuk dapatkannya, bagi kami ibu bapa agak susah jika ada urusan. “Diharapkan pihak berwajib selesaikan isu ini jangan berlarutan,” tulisnya.
Rata-rata pengguna media sosial turut sependapat dan inginkan tindakan segera dilakukan kerajaan. “Tolong pantau juga isu ini, sampai bila kami ibu bapa nak tunggu,” jelas Nur Lisma. “Ada yang tunggu sejak dari akhir tahun lepas lagi, katanya ada yang masih belum dapat tanpa ada sebarang notis dari Jabatan Pendaftaran Negara,” kata Adzhar Mokhtar. Terdahulu, pada Mac lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan 30 peratus kad MyKid masih tidak dituntut oleh penjaga atau ibu bapa selepas memohonnya di Jabatan Pendahtaran Negara (JPN). Tanpa menyebutkan jumlah keseluruhan kad yang belum diambil, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya juga tidak menafikan berlaku kelewatan perolehan kad MyKid buat masa ini. “Di sebalik keluhan ibu bapa berhubung soal kad MyKid lambat diperoleh, masih banyak juga jumlah penjaga dan ibu bapa yang belum menuntut kad tersebut. “Saya mewarisi sistem lama, satu proses tender terbuka telah dibuat dan dimenangi sebuah syarikat, tetapi kemudiannya masalah ketidakcukupan bahan membuat kad tersebut berlaku,” katanya. Menurut Saifuddin, masalah ketidakcukupan bahan membuat Mykid secara tidak langsung mendorong proses memperoleh kad itu juga menjadi lambat. – CARI Sumber: Kosmo
|
renko replied at 2-6-2023 04:12 PM
dia apa punca kekurangan bahan apa nya
Samerosie replied at 2-6-2023 04:14 PM
Chip kut. Ej jab mykid guna chip ke?
Thunderclouds replied at 2-6-2023 04:03 PM
Bukan hari² kna bwk kulur kilir kann?
Tiap² hari berurusan hal yg perlu produce original s/b ka sa ...
TabletSusu replied at 2-6-2023 03:31 PM
mykid tu utk budak2 je kan.. smp 12thn. seigt aku, apa2 urusan.. terutama sekolah.. mmg kena guna su ...
n3ar replied at 2-6-2023 09:44 PM
Susah takde mykid...
Sebab kau g klinik swasta dia minta pengenalan diri anak... Takkan kau nk angk ...
Samerosie replied at 3-6-2023 08:40 AM
La bukannya kena angkat besar peti ais kehulu ke hilir sijil tu pun kertas ja kenapa merintih mcm ...
n3ar replied at 3-6-2023 08:43 AM
Dey.. Sijil tu kertas, senang koyak... Klinik tak terima kalau takde mykid.. Klo takde kena memang ...
ADVERTISEMENT