Menghampiri usia satu abad tidak menghalang pelakon terkenal Hollywood, Al Pacino untuk memperoleh cahaya mata. Dia yang kini berusia 83 tahun dilaporkan bakal menimang cahaya mata bersama kekasih baharunya, Noor Alfallah yang berusia 29 tahun.
Pemilik nama sebenar Alfredo James Pacino ini sebelumnya sudah memiliki tiga cahaya mata yang sudah dewasa menerusi hubungannya bersama Jan Tarrant dan Beverly D’Angelo. Memiliki perbezaan umur sebanyak 54 tahun, Noor Alfallah dikaitkan dengan Pacino sejak April 2022. Pasangan itu mula mencetuskan khabar angin percintaan apabila dilihat sedang makan malam bersama. Al Pacino Bakal Timang Anak Keempat Pada Usia 83 Tahun Dengan Kekasih Berusia 29 TahunAl Pacino Bakal Timang Anak Keempat Pada Usia 83 Tahun Dengan Kekasih Berusia 29 Tahun Kredit foto: Backgrid via People Beberapa sumber berkongsi bahawa pasangan itu sebenarnya telah berpacaran secara senyap-senyap sejak pandemik Covid-19 melanda dunia lagi..
Noor Alfallah yang pernah bekerja sebagai penerbit, dikhabarkan sebelum ini bercinta dengan vokalis Rolling Stones, Mick Jagger selama lebih setahun sehingga 2018 dan pada tahun 2019 dia dilihat telah bersama pelakon dan pengarah, Clint Eastwood. Biarpun tiada kenyataan rasmi Al Pacino mengenai anak keempatnya yang bakal lahir kelak. Dia dilihat cukup prihatin dan sentiasa berdampingan dengan kekasih mudanya itu. Dalam satu tembual bersama The New Yorker pada 2014 mengenai peranan sebagai bapa, dia berkata, “Saya bertanggungjawab kepada mereka. Saya sebahagian daripada hidup mereka.” Sumber: Media Hiburan
|
ADVERTISEMENT