Wanita terkejut apabila menemukan dua cacing bulat sepanjang 10 hingga 15 sentimeter (sm) dalam muntahnya. Pasukan doktor dari Hospital DonSak, wilayah Surat Thani percaya wanita hamil lapan bulan berusia 27 tahun itu termakan parasit daripada buah-buahan dan sayuran tercemar.
Lapor thethaiger.com, kisah wanita itu dikongsi menerusi laman Facebook Hospital DonSak. Menurut doktor, seharian wanita hamil itu mengalami sakit perut, loya dan muntah-muntah sebelum dibawa ke hospital. Dia kemudiannya dilaporkan muntah lagi ketika berada di hospital sehingga mengeluarkan dua cacing sepanjang 10 hingga 15sm. Ujian makmal mengesahkan penemuan spesies ascaris lumbricoides, sejenis cacing bulat usus pada sampel muntah wanita berkenaan. “Ketika ditanya, pesakit mengaku makan hidangan bersama sayuran segar yang belum dimasak,” kata doktor. Doktor memutuskan wanita itu terkena jangkitan cacing akibat makan sayuran tercemar yang mengandungi telur cacing. Wanita hamil itu dirawat dengan ubat antihelminthic untuk membunuh parasit berkenaan. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT