Seorang penghuni di sebuah pusat pemulihan 'disembelih' dan dimasukkan ke dalam pengisar oleh pemiliknya. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat pemulihan untuk merawat ketagihan dadah dan alkohol di Mexico.
Daily Star melaporkan, mangsa merupakan wanita warga Amerika Syarikat. Pemilik pusat pemulihan di bandar Ciudad Juárez itu kini dibicarakan dan berdepan hukuman penjara seumur hidup atas pertuduhan membunuh dengan kejam. Celia Yaneth Castañeda, berusia 35 tahun dari Kansas, dimasukkan ke pusat pemulihan pada 17 Mei lalu oleh saudara-maranya. Dia sebelum ini tinggal di Amerika dengan ketagihan dadah dan alkohol selama kira-kira 10 tahun. Menurut sumber, dia didakwa mengalami 'peristiwa hitam' pada malam pertamanya di pusat pemulihan itu dan menyerang kedua-dua pemiliknya.
Menurut keterangan di Mahkamah, dua pemilik itu kemudian didakwa memukul mangsa hingga mati sebelum cuba menyembunyikan mayatnya dengan memotongnya menjadi cebisan. Pemilik didakwa cuba untuk mencairkan kemaluan dan usus mangsa. Polis menemui beberapa baldi plastik berisi daging dan tulang manusia di dalam tab mandi, serta beg plastik dengan lebih banyak tulang di bahagian lain. Mereka juga menemui mesin pengisar yang mengandungi cebisan mayat di dapur. Perbicaraan di mahkamah membabitkan pemilik pusat pemulihan berhubung pertuduhan membunuh, bersambung. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
ADVERTISEMENT