Sebelum ini Ali XPDC, 55, diserang angin dan kini memaklumkan dirinya sudah 90 peratus sembuh. Namun dia masih mengalami masalah gagap dan sedang dalam proses pemulihan sepenuhnya.
"Saya boleh bercakap dan boleh jawab (soalan media) tapi kadang-kadang dia macam inilah (tidak lancar) dan lambat. Saya dah fikir tapi masih lagi nak jawab lambat. "Menyanyi pula okey, senang kerana guna 'prompter'. Kadang-kadang lagu dah biasa, insya-Allah boleh berjalan lancar. "Bab lagu tiada masalah. Boleh bercakap tapi kena fikir dulu. Bila fikir jadi tergantung. Insya-Allah kita terus sama-sama berdoa saya sembuh," katanya kepada Harian Metro. Ali kini mampu menyanyikan lagu XPDC dengan key asal yang bernada tinggi. "Selepas sembuh, ini persembahan yang paling besar saya jayakan. Sebelum ini saya pernah beraksi dalam persembahan kecil di Gombak. Tujuan saya sebagai sesi 'warming up'.
"Banyak lagi persembahan skala kecil lain seperti funfair dan ekspo. Biasanya menyanyi tiga hingga 10 lagu. Ia bertujuan untuk melancarkan percakapan. "Untuk berjumpa orang kerana kadang-kadang saya ada 'anxiety'. Mula-mula macam begitu tapi sejak bercampur dengan orang dah mula berkurangan," katanya. Menurutnya, dia juga sentiasa menyediakan pil untuk jantung bagi sebarang kemungkinan. "Kalau rasa macam berdebar-debar saya cepat-cepat ambil. Saya juga kena kawal sendiri aktiviti jangan sampai melebihi had. Saya memang pernah kena serangan 'anxiety'," katanya. Sementara itu, Konsert Lagenda Rock Vol. 1 Konsert Epik menampilkan XPDC serta Rusty Blade, May dan Babylon akan berlangsung di Megastar Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT