CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 1

Diserang Angin Ahmar- Ali XPDC Dah Sembuh 90 Peratus Tapi Cakap Masih Gagap

[Copy link]
Post time 1-6-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini Ali XPDC, 55, diserang angin dan kini memaklumkan dirinya sudah 90 peratus sembuh.


Namun dia masih mengalami masalah gagap dan sedang dalam proses pemulihan sepenuhnya.


Foto: IG




"Saya boleh bercakap dan boleh jawab (soalan media) tapi kadang-kadang dia macam inilah (tidak lancar) dan lambat. Saya dah fikir tapi masih lagi nak jawab lambat.


"Menyanyi pula okey, senang kerana guna 'prompter'. Kadang-kadang lagu dah biasa, insya-Allah boleh berjalan lancar.


"Bab lagu tiada masalah. Boleh bercakap tapi kena fikir dulu. Bila fikir jadi tergantung. Insya-Allah kita terus sama-sama berdoa saya sembuh," katanya kepada Harian Metro.


Ali kini mampu menyanyikan lagu XPDC dengan key asal yang bernada tinggi.


"Selepas sembuh, ini persembahan yang paling besar saya jayakan. Sebelum ini saya pernah beraksi dalam persembahan kecil di Gombak. Tujuan saya sebagai sesi 'warming up'.


"Banyak lagi persembahan skala kecil lain seperti funfair dan ekspo. Biasanya menyanyi tiga hingga 10 lagu. Ia bertujuan untuk melancarkan percakapan.


"Untuk berjumpa orang kerana kadang-kadang saya ada 'anxiety'. Mula-mula macam begitu tapi sejak bercampur dengan orang dah mula berkurangan," katanya.


Menurutnya, dia juga sentiasa menyediakan pil untuk jantung bagi sebarang kemungkinan.


"Kalau rasa macam berdebar-debar saya cepat-cepat ambil. Saya juga kena kawal sendiri aktiviti jangan sampai melebihi had. Saya memang pernah kena serangan 'anxiety'," katanya.


Sementara itu, Konsert Lagenda Rock Vol. 1 Konsert Epik menampilkan XPDC serta Rusty Blade, May dan Babylon akan berlangsung di Megastar Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai ini. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2023 09:10 AM | Show all posts
okayyyy gwsoon ek ali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.062427 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list