Datin Salwa Abdul Rahman bertuah dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini bersama suami iaitu Datuk Subadron Abd Aziz. Salwa, 58, memaklumkan dia dan suami berangkat ke Tanah Suci pada Rabu.
"Kami suami isteri dikurniakan rezeki menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Kami berdua akan berangkat ke Tanah Suci pada 31 Mei 2023," katanya di Instagram. Penyanyi berkenaan turut memohon kemaafan daripada sahabat dan keluarga sekiranya mempunyai kesalahan yang dilakukan. Salwa juga memohon doa orang ramai agar segala urusan mereka di Tanah Suci dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik. “Di kesempatan ini, kami ingin memohon maaf kepada sahabat dan saudara mara yang mengenali kami di atas ketelanjuran kata dan perbuatan tingkah laku yang kami sedar atau tidak. “Mohon halalkan makan minum kami. Mohon doakan semoga Allah permudahkan urusan ibadah kami di sana, dikurniakan kesihatan yang baik serta dalat menyempurnakan rukun Islam yang kelima dengan dikurniakan Haji yang mabrur. “Semoga kita semua sentiasa selamat dibawah peliharaan Allah,” ujarnya. -CARI Sumber: mStar
|
rosedemon replied at 1-6-2023 08:58 AM
sukati ko la makcik
yum3 replied at 1-6-2023 03:29 PM
ada tertgok bedio kat mana tah. Rumah dia beso giler. Apa kerja depa suami isteri ni ekkk?
tompie replied at 1-6-2023 05:23 PM
Subadron ni pandai carik duit..
Aku rasa dia punye main income ialah as DBKL's contractor..
Dari le ...
ADVERTISEMENT