Beberapa bulan lalu, Ezad Lazim meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan berita palsu tentang kematiannya di media sosial. Rupa-rupanya, masih ramai yang percaya Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 44, 'sudah tiada' penangan berita palsu itu.
Ia berikutan ada terkejut melihat dia masih hidup ketika muncul dalam video siaran langsung di TikTok. "Lewat malam semalam saya live di TikTok, ramai juga yang komen terkejut tengok saya. Ada juga yang ingat saya sudah meninggal dunia. Allahuakhbar," katanya. Ezad berkongsi perkara itu menerusi laman Facebook miliknya. Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Ezad meluahkan rasa terkejut berita palsu mengenai kematiannya tersebar luas dan ia bukan kali pertama berlaku kepadanya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT