CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kakak Maki Adik Nak Langkah Bendul, Merajuk Sampai Tak Balik Rumah Berbulan-Bulan

31-5-2023 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2753| Komen: 50

Seorang wanita kecewa kakak sendiri tidak merestui hasratnya untuk mendirikan rumah tangga disebabkan langkah bendul.

"Kakak saya dengan saya beza satu tahun. Dia seorang yang sangat penyayang dan tak pernah berkira.


"Tapi bila saya buka isu yang saya nak kahwin, dia paling marah sangat sehingga mengherdik saya macam-macam. Dia tak setuju saya langkah (kahwin dulu) dia.


Gambar Hiasan

"Saya dengan bakal (suami) dah bercinta selama 10 tahun, duit pun kami dah ada. Saya dah banyak kali bagi hint dekat kakak saya yang saya nak kahwin.

"Tapi refleksinya dia sangat marah dan kata habis tu kau seronoklah orang bercakap pasal aku?, kau tak fikir langsung apa aku rasa, kau memang selfish dan banyak lagi.

"Saya sangat sedih dan tertekan dengan segala kata-kata dia," luah wanita yang tidak mendedahkan identiti itu di media sosial.

Disebabkan buntu dia meminta ibu bapanya mengambil peranan untuk berbicara dengan kakaknya itu.

"Jadi, bapa saya mesej dan memberitahu (kakak) bahawa bakal pihak lelaki akan datang merisik adiknya (saya). Satu balasan dari kakak saya pun tiada.

"Tiba masa keluarga pihak lelaki datang merisik. Semuanya dalam keadaan yang baik tetapi kakak saya tidak hadir pada hari itu," luahnya.

Apa yang lebih membuatkannya bertambah sedih, disebabkan perkara itu, kakaknya mengambil keputusan untuk membawa diri.

"Sekarang dah sebulan tak balik rumah. Kami semua pujuk dia suruh balik dan berbincang. Tapi dia beri banyak alasan untuk tidak pulang ke rumah.

"Ibu saya paling risau sangat dalam keadaan ini. Saya sangat sayang kakak saya, tapi saya nak sangat dia memahami keadaan saya. Sekarang apa yang patut yang saya buat.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan warga maya yang majoritinya berpandangan bahawa isu langkah bendul sudah tidak lagi relevan ketika ini memandangkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

Justeru, netizen mencadangkan agar wanita berkenaan meneruskan rancangan untuk berkahwin namun dalam masa yang sama berusaha mencari jalan agar hubungan adik beradik tidak terputus hanya kerana isu langkah bendul.

"Ia mengenai hidup kamu. Selagi mana ibu bapa restu, perkara lain tak berbangkit. InsyaAllah, kamu buat benda baik.

"Rasanya kakak sis fanatik adat langkah bendul atau dia tak boleh terima orang lebih daripada dia. Hanya mampu berdoa saja sis kerana kakak masih dalam dunia 'denial' dia.

"Orang tua restu, cukup syarat.... kahwinlah. Jaga orang tua dan berbahagialah dengan rumah tangga yang bakal dibina.

"Teruskan dan berdoa banyak-banyak kakak kamu dilembutkan hati. Cakap padanya, korang juga doakan dia jumpa jodoh," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 02:58 PM
Quote Decaffeinated 31-5-2023 03:15 PM
Yang bermasalahnya andartu tu. Biarlah dia mereput.

Ko kawin je lah dek. Masing2 ada life sendiri. Semoga berbahagia.

Quote Orenn1 31-5-2023 03:19 PM
Over sgttt, melampauu nak sekat hidop org
Quote pooh~key 31-5-2023 03:31 PM
Pepek pepek pepek pepek pepek pepek pepek




























Tak kuasa akak nak layan “isu semasa” ni dek.
Quote Cyempaka 31-5-2023 04:06 PM
Dia malu tu.. kesian dia. Kau cari la kat dia sorang
Quote Yoonggi 31-5-2023 04:07 PM
benda kecik mcm ni pun smpai membawa diri, mcmana nk ngadap masalah lain yg lebih besar in the future nnt (tu pun kalo umor pjg). Lemaahhh
Quote KamikuP 31-5-2023 04:13 PM
Ko kawn je lah dekk.. munkin kakak kau tu acik2 forum ni yg forever alone.. ekekeke
Quote Samerosie 31-5-2023 04:22 PM
Adik lelaki i bini dia langkah bendul.  Ikut adat sepasang berdiri dgn cincin/barsng kemas juga walaupun kakak dia tah kisah pun.
Quote Freezfrozen 31-5-2023 04:33 PM
Die yg selfish
Quote cikatilia 31-5-2023 04:36 PM
tahapa2 tah... kalau tunggu kau entah2 10 tahun pon xkawain2 le adik tu..
selfish.
Quote sranua 31-5-2023 04:39 PM
Takde maknanya zaman dah moden sekarang. Ikutlah jodoh siapa yg sampai dulu. Jangan bagi barang barang kemas ke..bagi Ipong 14 Pro Max..gerenti kakak hang cair..kih3
Quote lia98 31-5-2023 04:58 PM
Samerosie replied at 31-5-2023 04:22 PM
Adik lelaki i bini dia langkah bendul.  Ikut adat sepasang berdiri dgn cincin/barsng kemas juga wala ...

Adik pompuan i pun langkah bendul. Kitorg beza setahun je.. dah jodoh dia sampai dulu
Tak ikut pun adat sepasang berdiri bagai. Janji adik i happy.
Quote jalfa 31-5-2023 05:01 PM
Suruh akak ko jadi poromer cari.join acik andartu kat sini habiskan masa
Quote asfaz 31-5-2023 05:17 PM
adik ai 2 org langkah bendul. 2-2 kawin muda belasan tahun. Ai dgn adik ai beza 5 tahun.
Anak ai belajar lagi, adik ai dah pangkat nenek .
Quote asfaz 31-5-2023 05:19 PM
lia98 replied at 31-5-2023 04:58 PM
Adik pompuan i pun langkah bendul. Kitorg beza setahun je.. dah jodoh dia sampai dulu
Tak ikut pun ...

Sama la. Ai pun tak mintak apa pun. Faham keadaan diaorg. Tp yg 2nd adik kawin tu dia bagi kain pasang.
Quote cikmi 31-5-2023 05:45 PM
alahai..adik aku muda brp thn dari aku..elok je kawin dulu, dpt anak dulu br aku kawin...x der pun aku nk merajuk ke apa...takder sapa pun yg nak ngata pun. perasaan je tu
Quote cmf_premierleag 31-5-2023 05:50 PM
Hek elleh..stakat adik langkah bendul pun ko nak sentap??. Get a life la ngok!!!
Kat luar sana tu lagi byk cabaran ko kene hadap
Quote PULANGKAN 31-5-2023 06:01 PM
nak kahwin, kahwin je la

ko nak langkah bendul ke, lompat bonggol ke, silakan

adik2 Iols kahwin, Iols tumpang happy je lah, takde pulak sentap bagai bendul itu ini

mak Iols pun pernah kata dulu, kalau langkah bendul, kena bagi hadiah kat abang kakak yang belum kahwin, kononnya jaga hati. itu cara orang zaman dulu beradab kononnya.

Iols kata, jangan buat camtu kat Iols. adat menyusahkan pengantin pulak
Iols tak kisah. pi kahwin, pastu pi ikut laki ko tu. yang dok serabut pasal abang kakak marah pasai pa. kitorang lagi happy ko kahwin ikut laki. lapang sikit rumah ni  
Quote ninnakarinna 31-5-2023 06:16 PM
Siapa yg ajar kakak dia mentaliti mcm tu?
Langkah bendul whaaattt?
Lama tak dgr perkataan tu

Orang tua sgt prangai..

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.079562 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top