View: 2202|Reply: 50
|
Kakak Maki Adik Nak Langkah Bendul, Merajuk Sampai Tak Balik Rumah Berbulan-Bulan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita kecewa kakak sendiri tidak merestui hasratnya untuk mendirikan rumah tangga disebabkan langkah bendul.
"Kakak saya dengan saya beza satu tahun. Dia seorang yang sangat penyayang dan tak pernah berkira.
"Tapi bila saya buka isu yang saya nak kahwin, dia paling marah sangat sehingga mengherdik saya macam-macam. Dia tak setuju saya langkah (kahwin dulu) dia.
Gambar Hiasan
"Saya dengan bakal (suami) dah bercinta selama 10 tahun, duit pun kami dah ada. Saya dah banyak kali bagi hint dekat kakak saya yang saya nak kahwin.
"Tapi refleksinya dia sangat marah dan kata habis tu kau seronoklah orang bercakap pasal aku?, kau tak fikir langsung apa aku rasa, kau memang selfish dan banyak lagi.
"Saya sangat sedih dan tertekan dengan segala kata-kata dia," luah wanita yang tidak mendedahkan identiti itu di media sosial.
Disebabkan buntu dia meminta ibu bapanya mengambil peranan untuk berbicara dengan kakaknya itu.
"Jadi, bapa saya mesej dan memberitahu (kakak) bahawa bakal pihak lelaki akan datang merisik adiknya (saya). Satu balasan dari kakak saya pun tiada.
"Tiba masa keluarga pihak lelaki datang merisik. Semuanya dalam keadaan yang baik tetapi kakak saya tidak hadir pada hari itu," luahnya.
Apa yang lebih membuatkannya bertambah sedih, disebabkan perkara itu, kakaknya mengambil keputusan untuk membawa diri.
"Sekarang dah sebulan tak balik rumah. Kami semua pujuk dia suruh balik dan berbincang. Tapi dia beri banyak alasan untuk tidak pulang ke rumah.
"Ibu saya paling risau sangat dalam keadaan ini. Saya sangat sayang kakak saya, tapi saya nak sangat dia memahami keadaan saya. Sekarang apa yang patut yang saya buat.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan warga maya yang majoritinya berpandangan bahawa isu langkah bendul sudah tidak lagi relevan ketika ini memandangkan soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.
Justeru, netizen mencadangkan agar wanita berkenaan meneruskan rancangan untuk berkahwin namun dalam masa yang sama berusaha mencari jalan agar hubungan adik beradik tidak terputus hanya kerana isu langkah bendul.
"Ia mengenai hidup kamu. Selagi mana ibu bapa restu, perkara lain tak berbangkit. InsyaAllah, kamu buat benda baik.
"Rasanya kakak sis fanatik adat langkah bendul atau dia tak boleh terima orang lebih daripada dia. Hanya mampu berdoa saja sis kerana kakak masih dalam dunia 'denial' dia.
"Orang tua restu, cukup syarat.... kahwinlah. Jaga orang tua dan berbahagialah dengan rumah tangga yang bakal dibina.
"Teruskan dan berdoa banyak-banyak kakak kamu dilembutkan hati. Cakap padanya, korang juga doakan dia jumpa jodoh," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Yang bermasalahnya andartu tu. Biarlah dia mereput.
Ko kawin je lah dek. Masing2 ada life sendiri. Semoga berbahagia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Over sgttt, melampauu nak sekat hidop org
|
|
|
|
|
|
|
|
Pepek pepek pepek pepek pepek pepek pepek
Tak kuasa akak nak layan “isu semasa” ni dek. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia malu tu.. kesian dia. Kau cari la kat dia sorang |
|
|
|
|
|
|
|
benda kecik mcm ni pun smpai membawa diri, mcmana nk ngadap masalah lain yg lebih besar in the future nnt (tu pun kalo umor pjg). Lemaahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ko kawn je lah dekk.. munkin kakak kau tu acik2 forum ni yg forever alone.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Adik lelaki i bini dia langkah bendul. Ikut adat sepasang berdiri dgn cincin/barsng kemas juga walaupun kakak dia tah kisah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
tahapa2 tah... kalau tunggu kau entah2 10 tahun pon xkawain2 le adik tu..
selfish. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde maknanya zaman dah moden sekarang. Ikutlah jodoh siapa yg sampai dulu. Jangan bagi barang barang kemas ke..bagi Ipong 14 Pro Max..gerenti kakak hang cair..kih3 |
|
|
|
|
|
|
|
Adik pompuan i pun langkah bendul. Kitorg beza setahun je.. dah jodoh dia sampai dulu
Tak ikut pun adat sepasang berdiri bagai. Janji adik i happy.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suruh akak ko jadi poromer cari.join acik andartu kat sini habiskan masa |
|
|
|
|
|
|
|
adik ai 2 org langkah bendul. 2-2 kawin muda belasan tahun. Ai dgn adik ai beza 5 tahun.
Anak ai belajar lagi, adik ai dah pangkat nenek .
|
|
|
|
|
|
|
|
lia98 replied at 31-5-2023 04:58 PM
Adik pompuan i pun langkah bendul. Kitorg beza setahun je.. dah jodoh dia sampai dulu
Tak ikut pun ...
Sama la. Ai pun tak mintak apa pun. Faham keadaan diaorg. Tp yg 2nd adik kawin tu dia bagi kain pasang. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai..adik aku muda brp thn dari aku..elok je kawin dulu, dpt anak dulu br aku kawin...x der pun aku nk merajuk ke apa...takder sapa pun yg nak ngata pun. perasaan je tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hek elleh..stakat adik langkah bendul pun ko nak sentap??. Get a life la ngok!!!
Kat luar sana tu lagi byk cabaran ko kene hadap |
|
|
|
|
|
|
|
nak kahwin, kahwin je la
ko nak langkah bendul ke, lompat bonggol ke, silakan
adik2 Iols kahwin, Iols tumpang happy je lah, takde pulak sentap bagai bendul itu ini
mak Iols pun pernah kata dulu, kalau langkah bendul, kena bagi hadiah kat abang kakak yang belum kahwin, kononnya jaga hati. itu cara orang zaman dulu beradab kononnya.
Iols kata, jangan buat camtu kat Iols. adat menyusahkan pengantin pulak
Iols tak kisah. pi kahwin, pastu pi ikut laki ko tu. yang dok serabut pasal abang kakak marah pasai pa. kitorang lagi happy ko kahwin ikut laki. lapang sikit rumah ni |
|
|
|
|
|
|
|
adik kaka pun langkah bendul 2 orang kakak dia
weols tak kisah pun
tapi bila kaka langkah bendul, husband memang beli cicin emas untuk kakak
sama harga dengan cincin kawin kaka
walaupun sheols tak kisah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|