CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rain Salah Langkah, Nak Jual Bangunan Di Gangnam RM488 Juta Lepas Dua Tahun Tiada Penyewa

31-5-2023 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 668| Komen: 2

Rain tersalah langkah apabila membeli sebuah bangunan komersial di kawasan elit Gangnam, Seoul kerana ia kini kosong tanpa penyewa.

Allkpop melaporkan pelakon dan penyanyi itu membeli bangunan tersebut pada Jun 2021 dengan harga 92 bilion Korean Won atau RM314 juta namun mengambil keputusan menjualnya setahun kemudian dan tiada pembeli berminat.



VIU

Pelakon drama bersiri Full House itu dilaporkan mahu menjual hartanah itu dengan harga 140 bilion Korea Won atau RM488 juta.

Bagaimanapun Rain menyangkal dakwaan mahu menjual asetnya itu meskipun terdapat laporan lain mendakwa penyanyi itu bertindak menarik balik keputusannya kerana tiada pembeli.

Dalam pada itu, pakar hartanah berkongsi bahawa kos sebanyak 140 bilion KRW bukanlah kos yang realistik untuk purata pembeli walaupun bangunan itu berada di salah satu lokasi utama di Gangnam, Korea Selatan.


Buat masa ini, bangunan tersebut dikatakan kosong tanpa penyewa di tingkat satu dan dua.

Menurut netizen, jumlah perbelanjaan dan bayaran pinjaman bulanan yang perlu pasangan selebriti itu bayar sepatutnya sekitar 200 juta KRW (RM 697,683) sebulan.

Terdahulu, Rain dan Tae Hee juga dilaporkan membeli beberapa bangunan dan menjual semula hartanah mereka selepas beberapa tahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 31-5-2023 02:39 PM
Kemain flipnye..
Quote PULANGKAN 31-5-2023 06:08 PM
can't blame him

hartanah di Gangnam memang mahal gila pork

antara tempat yang berprestij dan ekslusif untuk ramai orang

kalau orang sewa tu, dia boleh pencen awal, goyang kaki sampai tua mati reput, makan caviar sambil hisap curut Cuba

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042403 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top