CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Warga Emas 67 Tahun Dibunuh Gara-Gara Tak Balas Cinta

30-5-2023 11:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1377| Komen: 22

Port Dickson: Kematian seorang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik di rumahnya dipercayai dibunuh akibat cinta tidak berbalas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada 9 Mei, jam 12.30 tengahari, wanita berusia 67 tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Batu 8 Jalan Pantai Teluk Kemang Port Dickson.



Menurutnya, Pembantu Perubatan dari Hospital Port Dickson mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

"Mayat wanita warga emas itu kemudiannya terus dibawa ke Hospital untuk bedah diasat bagi mengenalpasti punca kematian.

"Pada 16 Mei lalu, jam sekitar 12.50 malam, polis berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan pembunuhan wanita malang ini.

"Suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun di tahan di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.


"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut," ujarnya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Aidi Sham berkata, kertas siasatan 'mati mengejut' juga sudah diklasifikasikan semula dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan awal mendapati, motif pembunuhan adalah disebabkan cinta tidak berbalas.

"Kertas siasatan juga sudah dirujuk kepada Pengarah Timbalan PendakwarayaNegeri Sembilan dan sudah mendapat arahan pertuduhan dibawah Seksyen 302 KK dan suspek juga akan turut dituduh dibawah Seksyen 411 KK," katanya.

Tambah beliau, suspek akan dihadapkan keMahkamah Majisteret Port Dickson esok untuk pertuduhan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 30-5-2023 11:51 PM
beza 22 tahun… memang cinta maut la si pemangsa dengan mangsa…
Quote Suchi 30-5-2023 11:58 PM
Tak paham kenapa bila tak balas cinta nak kena bunuh org yg dia cinta tu

Quote I.K.A888990 31-5-2023 01:27 AM
bangangnya kau
pastu kau msk lokap apa kau dpt
Quote ezacbee 31-5-2023 05:52 AM
Kena rejek sampai bunuh orang..
Quote Rogue98 31-5-2023 06:18 AM
Ye ke sebab cinta. Ke sebab nak kan harta.
Quote pooh~key 31-5-2023 06:23 AM
Eh seram pulak akak dek. Sebab akak jua sedang dalam fasa tak membalas rasa cinta seseorang sis. Nanti tak pasal2 akak pulak jadi bahan berita sis.
Quote SalenaGomez 31-5-2023 07:21 AM
Malaysia ni mmg berita /kes bermusim ke?? SG perasan dr dulu atau pon maybe kebetulan

Contoh skrg byk kes bunuh related pasal cinta
Quote gideoncross 31-5-2023 07:29 AM
Nuna-Dongsaeng type of relationship lol
Quote Kurex 31-5-2023 07:31 AM
Fetish nenek nenek kah?
Quote sangbara2020 31-5-2023 08:33 AM
dh kecut sana sini pun gigih kau nkkan juga
Quote Yoonggi 31-5-2023 09:04 AM
awet muda kot nenek ni. konsep mamat tu if can't have u, no one else can gamaknya
Quote syamzana 31-5-2023 09:35 AM
pooh~key replied at 31-5-2023 06:23 AM
Eh seram pulak akak dek. Sebab akak jua sedang dalam fasa tak membalas rasa cinta seseorang sis. Nan ...

keep on komen kat forum kaka puki so weols semua tau kaka masih wujud gituhh.

salam takziah kpd keluarga mangsa dan semoga pelaku dihukum gantung.
Quote Fly_over 31-5-2023 10:53 AM
Rogue98: Ye ke sebab cinta. Ke sebab na ...


iols syak nenek ni kaya
Quote Fly_over 31-5-2023 10:54 AM
Rogue98 replied at 31-5-2023 06:18 AM
Ye ke sebab cinta. Ke sebab nak kan harta.

iols syak nenek ni kaya
Quote Burong_Hantuk 31-5-2023 11:42 AM
ni kes nk spedo harta si mati kah
??sampai sanggup bunuh bagai
Quote edayildiz 31-5-2023 11:45 AM
cinta xseharusnya memiliki..nape nk kena bunuh
Quote slyfynx 31-5-2023 11:56 AM
I.K.A888990 replied at 31-5-2023 01:27 AM
bangangnya kau
pastu kau msk lokap apa kau dpt

Dpt cinta lain plak x pasal2
Quote Skuau 31-5-2023 12:35 PM
pooh~key replied at 31-5-2023 06:23 AM
Eh seram pulak akak dek. Sebab akak jua sedang dalam fasa tak membalas rasa cinta seseorang sis. Nan ...

abangla,pakis???............
Quote Rogue98 31-5-2023 12:53 PM
Fly_over replied at 31-5-2023 10:54 AM
iols syak nenek ni kaya

Kan...jantan tu bukannye bbnu takleh nak control perasaan cinta.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.384852 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top