Brasilia, Brazil – Seorang lelaki tempatan tidak berpuas hati apabila isterinya mendapat tempat kedua dalam satu pertandingan ratu cantik di Brazil, lapor akhbar New York Post semalam. Semasa peringkat akhir pertandingan Miss Gay Mato Grosso 2023, lelaki itu naik ke pentas dan merampas tiara pemenang sebelum menghempasnya ke lantai.
Penonton terkejut ketika suami kepada seorang finalis bernama Nathally Becker yang mewakili Cuiaba mengganggu acara penyampaian hadiah kepada johan pertandingan, Emanuelly Belini yang mewakili Varza Grande. Belum sempat tiara itu diletakkan di kepala Belini, suami Becker merampasnya lalu melemparnya ke lantai. Lelaki itu kemudian mengutip tiara tersebut dan menghempasnya sekali lagi. Dia kemudian menarik Becker untuk turun dari pentas sebelum dihalang dan diiring pengawal keselamatan ke belakang pentas.
Penyelaras pertandingan itu, Malone Haenisch mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa panel hakim telah membuat keputusan adil dalam mengisytiharkan Belini sebagai pemenang. Tegasnya, tindakan undang-undang akan diambil ke atas pelaku gangguan tersebut. Sumber: Kosmo! Online
|
The video from the finale of Miss Gay Mato Grosso 2023 pageant has hit the internet drawing a lot of hilarious reactions from netizens.
A drag beauty pageant in the Brazilian city of Cuiaba ended in high drama when an angry husband destroyed the winner's crown after his partner was declared runner-up.
dani-rox replied at 30-5-2023 11:28 PM
Mula2 mata ai tengok gambar, apasal kelempuk jah gaya sang somi rampas tiara tuh?
sharlenetexas replied at 30-5-2023 11:40 PM
Miss copy ori rupanya.
dani-rox replied at 30-5-2023 03:28 PM
Mula2 mata ai tengok gambar, apasal kelempuk jah gaya sang somi rampas tiara tuh?
ninja9 replied at 31-5-2023 01:01 AM
Nathally Becker came in second place at the Miss Gay Mato Grosso 2023 pageant on Saturday, but the ...
batu kikir replied at 31-5-2023 06:44 AM
Cantik sangat ke bini dia???
antikorok replied at 31-5-2023 01:55 AM
Terserlah aura muka jejanz dua2 orang nih, tapi yg baju biru tuhhh selayaknya tak menang sebab nam ...
ADVERTISEMENT