Georgetown: "Jumpa kamu di mahkamah." Demikian mesej ringkas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan terbaharunya Pulau Pinang milik Kedah.
Kon Yeow berkata jika Sanusi serius mengenai dakwaan itu, mereka boleh menyelesaikan hal demikian di mahkamah. "Beliau bergurau kata Pulau Pinang milik Kedah. Satu gurauan yang bukan baharu tetapi serius, gurau secara serius, maka kita dengar dengan serius juga. "Sanusi boleh terus bergurau," katanya ketika diminta mengulas dakwaan terbaru Sanusi pada sidang media pengumuman Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang di di The Whiteaways Arcade di Beach Street di sini, hari ini.
Semalam, Sanusi mendakwa Pulau Pinang adalah di bawah hak milik Kedah. Beliau berkata, Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan Kedah. "Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentusahkan sempadan Kedah dengan negeri jiran lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya. "Jadi tak dak la (tiada) sempadan Kedah Pulau Pinang tu, sempadan negeri kita (Kedah) dok sebelah Balik Pulau, dengan Perak mungkin ada... nak ukur kat mana, nak pakai warta (undang-undang) nombor berapa?" katanya. Ditanya sama ada beliau akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Sanusi, Kon Yeow berkata, seperti sebelumnya, beliau berkali mengingatkan Sanusi supaya bertemunya di mahkamah. "Apa-apa tuntutan termasuk tuntutannya untuk bayaran air dan tuntutan (kepentingan) di Seberang Prai. Kita jumpa di mahkamah sekiranya ada apa-apa tuntutan," katanya. Mengulas bentuk tindakan dan ingatan terhadap Sanusi, Kon Yeow berkata: "Saya tidak berani menasihatinya. Dia adalah Menteri Besar. Jika ada yang menasihatinya, biarlah rakyat dan pengundi." Kepada soalan sama ada beliau berpendapat Sanusi menjadikan ini sebagai isu kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Kon Yeow berkata Sanusi mungkin tidak mempunyai isu untuk dibangkitkan. "Sekali lagi, jika dia serius, kita boleh berjumpa di mahkamah. Saya sudah mengulas isu ini berulang kali. Media mungkin bosan," katanya. Sumber: BH Online
|
samperit replied at 30-5-2023 11:13 PM
KM Penang patut halau melayu2 merempat yg kerja dkt Kedah. Menyemak. Negeri miskin x sedar diri. Kal ...
ADVERTISEMENT