CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ditahan Dipercayai Tetak Suami

30-5-2023 08:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1128| Komen: 12

Kota Bharu: Suspek berusia 30 ditahan selepas dipercayai menetak suaminya di lengan kanan menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, di sini, petang kelmarin.

Wanita berusia 30 tahun itu ditahan jam 3 petang semalam susulan laporan dibuat oleh bapa mangsa tengah malam kelmarin.


Seorang wanita ditahan reman selama enam hari di Mahkamah Kota Bharu selepas dipercayai menetak suaminya menggunakan pisau pemotong daging di rumah mereka di Pengkalan Chepa, di sini, petang kelmarin. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata jam 12 tengah malam kelmarin.

"Berdasarkan keterangan bapa mangsa, dia dimaklumkan oleh anaknya yang lain memaklumkan mangsa berusia 31 tahun ditetak oleh isterinya menggunakan pisau pemotong daging.


"Bertindak atas laporan yang diterima, suspek ditangkap di rumahnya di Pengkalan Chepa jam 3 petang semalam.

"Hasil ujian saringan awal terhadap suspek adalah negatif dan suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 30-5-2023 08:35 PM
Ganas.
Dua sebab je ni, laki kaki dadah @ laki hari2 goyang telur kat rumah
Quote matjerk 30-5-2023 09:17 PM
nazzse replied at 30-5-2023 08:35 PM
Ganas.
Dua sebab je ni, laki kaki dadah @ laki hari2 goyang telur kat rumah

@ laki ada pmpuan lain
Quote BartholomewKuma 30-5-2023 09:48 PM
Sian pompuan kelantan darul ayaq kotoq. Tok laki hangpa pemalaih, kaki main dadah, kaki sembang deraih, kutu merayap malam2 buta, kaki pau duit bini.  Bila hangpa orang pompuan dah tak tahan, lepaih geram ikut cara sendiri lagu ni pulak kesudahannya. Naseb hangpa lahhhh
Quote ninja boy 30-5-2023 09:52 PM
Parent cikgu taska rendah menengah driver bas kantin guard bini polis jiran penjara 1000 org jadi tukang repair jantan tarak guna, baik humban sungai
Quote kakikuDibibirmu 30-5-2023 09:55 PM
Wanita Ditahan Dipercayai Tetek Suami

forum.gif
Quote hanamunir 30-5-2023 10:18 PM
huiyo kak mung tetok truhhh..
hebat ah..
Quote I.K.A888990 31-5-2023 01:11 AM
sebabnya?????
Quote gideoncross 31-5-2023 08:00 AM
Laki 31 thun, bini 30. Nsib iol yg 32 blum khwin lgi
Quote fishcracker 31-5-2023 08:23 AM
Musim tetak menetak lepas raya ni
Quote KamikuP 31-5-2023 11:52 AM
tetak menetak di kelate
Quote tootii 31-5-2023 11:56 AM
aku percaya mesti si laki buat hal .. gaduh2 .. bini tak tahan dah, so tetak je la ..
Quote myakayina 31-5-2023 12:01 PM
takkan bini dia saja2 nak tetak lakinya akan? org klu dah lama bersabar akan sampai  masa dia hilang sabar ..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.160692 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top