Tular perkongsian seorang Pengguna Twitter yang membangkitkan isu mengenai cara untuk menguji keikhlasan cinta seorang wanita. Ujar lelaki berkenaan, pemilihan kedai makan ketika keluar bersama sering menjadi kaedah dalam menilai tahap penerimaan seorang wanita terhadap pasangannya.
"Aku perasan kawan-kawan aku yang bukan dari Selangor atau Kuala Lumpur, mereka selalu suruh bawa awek pergi makan (di restoran) mamak kalau nak tahu dia tu low maintenance atau tak. "Aku kurang setuju. Kalau nak tahu, kebanyakan gadis di Lembah Klang sering pergi ke kedai mamak. Dan mamak di sini bukannya murah," kata lelaki itu menyuarakan pandangannya. Tambah lelaki itu lagi, kaedah menguji pasangan dengan membawa makan di restoran mamak baginya adalah kurang berkesan. "Setakat ujian makan mamak tu aku rasa mudah sangat bagi mereka, silap-silap mereka lagi suka makan situ dan tak terasa seperti ujian pun.
"Apabila aku tengok balik semua komen ni, baru aku perasan yang mereka dari luar Lembah Klang jarang-jarang makan di restoran mamak. No wonder la," katanya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menyenaraikan ujian alternatif untuk melihat jika seorang wanita itu sanggup meredah lautan api demi cinta. "Tak sangka ayat bawa awek masuk mamak nak tahu dia low maintenance atau tak ni valid lagi untuk tahun 2023. Lebih berkesan, bawa je masuk Sephora (kedai kosmetik). "Kalau nampak dia macam terkial-kial pilih barang, tapi apabila bawa masuk Eco Shop macam tak jumpa jalan balik, betul la tu low maintenance. "Restoran mamak bukan tempatnya, kena bawa pergi warung. Kalau dia boleh masuk, maksudnya dia jenis santai dan easy going," kata warga maya. Warga maya lain pula mengatakan restoran mamak tidak sepatutnya dipandang rendah kerana ia bukannya kedai makan yang calang-calang. "Mamak adalah pilihan semua. Perempuan yang bawa kereta besar dan menggayakan tas tangan Dior pun datang makan di kedai mamak. "Mamak bukan tempat murah ya, aku pernah bawa seorang perempuan ni ke kedai mamak, dia ambil lauk sotong dua ekor, terus bil makanan jadi RM100. "Aku sebagai seorang wanita selalu makan di restoran mamak waktu zaman student dulu, jadi kalau ada lelaki yang nak bawa aku pergi date makan mamak, memang itu kali terakhir aku jumpa dia. "Pernah dengar restoran mamak bistro? Harga nasi paprik dia lagi mahal dari kedai tomyam biasa. Bukan tempat untuk orang low-maintenance ya," kata sebahagian warga maya. Sumber: mStar
|
_kelly replied at 30-5-2023 06:39 PM
kebodohan jantan2 melayu b40
mamak mahal la..alang2 nak uji bawak makan kedai campur indon je la
EriaDoritis replied at 31-5-2023 05:16 AM
Kalau dapat awek jenis makan mamak...sekali dia order beriyani lamb shank dah terduduk pakwe nya
...
gideoncross replied at 31-5-2023 08:31 AM
Jejantz Mulayu Melesia je yg hairan tngok prmpuan mkn minum kat Mamak ni sbb dorg rata2 nya jakun, ...
EriaDoritis replied at 31-5-2023 09:03 PM
Ni set² jejantz yang kedekut & pemalas je ni.
Jenis yang esok kawin, pompuan jadi macam hamba.
_kelly replied at 30-5-2023 06:39 PM
kebodohan jantan2 melayu b40
mamak mahal la..alang2 nak uji bawak makan kedai campur indon je la
tom2 replied at 30-5-2023 11:29 PM
Aku dah lama x jejak mamak sejak jumpa tikus berlari2 di bawah satu kedai yang beratur panjang itu.. ...
EriaDoritis replied at 31-5-2023 05:16 AM
Kalau dapat awek jenis makan mamak...sekali dia order beriyani lamb shank dah terduduk pakwe nya
...
Yoonggi replied at 31-5-2023 11:21 AM
aku x phm nk uji2 low maintenance ke high maintenance nih. ko leh tgk apa dr penampilan dia, dr brg2 ...
ADVERTISEMENT