Penemuan seorang bayi dalam bungkusan kain putih yang diletakkan bersebelahan sebuah rumah sewa pada Ahad menggemparkan penduduk Kampung Mariuk, Desa Gandasari, Kabupaten Bekasi, Indonesia.
Penemuan bayi lelaki seberat tiga kilogram itu disahkan Ketua Polis Cikarang Barat, Kompol Sutriesno. Menurutnya, ketika ini bidan, Yayah Ratnaningsih diamanahkan untuk menguruskan bayi berkenaan yang dipercayai dibuang ibu bapanya. Berdasarkan maklumat diperoleh, bayi itu ditemui salah seorang saksi, Hendra yang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki kereta. Dia ternampak bungkusan kain putih yang mencurigakan di sebelah rumah sewa berkenaan. Saksi mengakui terkejut melihat keadaan bayi yang dibalut dengan kain putih di hadapannya segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
“Dia pada awalnya mengesyaki ia adalah mayat bayi, bagaimanapun selepas menghampiri dan menyentuhnya, dia mendapati bayi tersebut masih bergerak, kemudian saksi segera memaklumkan ibu bapanya," tambahnya. Beberapa saksi lain turut dibawa ke Balai Polis Cikarang Barat untuk memberi keterangan lanjut. Dalam pada itu, Kompol mendedahkan, ketika bayi ditemui, sepucuk surat dan rantai emas turut ditemui beserta ari ari yang dibalut dengan plastik merah. "Pihak kami juga akan berkoordinasi dengan Dinas Sosial Kabupaten Bekasi berhubung penemuan bayi tersebut,"dedahnya. Sumber: Majoriti
|
shernazz replied at 30-5-2023 02:24 PM
Jurugambar : pak pak..tolong tunjukkan dimana bayi dijumpa ya pak...guna jari telunjuk
supernaturalee replied at 30-5-2023 02:57 PM
metro sgt gayanya back in late 90s, early 2000s
dgn caption "tempat kejadian"
ADVERTISEMENT