Remuk hati seorang gadis apabila pekerjaannya di sebuah stesen minyak diperkotak-katikkan pelanggan. Izzaty Nazmii menerusi TikTok baru-baru ini mendedahkan pengalamannya berdepan pelanggan bermulut puaka yang menyindir hasil pendapatannya yang tidak seberapa. "Kalau video ni lalu depan muka pakcik, saya nak cakap yang saya paling tak suka orang menghina saya dan pakcik tak perlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi atau apa-apa. "Saya tak pernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dekat rumah orang apatah lagi dekat rumah pakcik kan? Jadi baik pakcik diam je," tulisnya pada ruang kapsyen di TikTok.
Menjengah ruang komen, ramai tidak berpuas hati dengan sikap biadab pakcik berkenaan yang memperlekeh pekerjaan seseorang. Semoga Izzaty terus kuat jika berdepan orang begini lagi kelak. - CARI
|
sufi^_^ replied at 30-5-2023 10:53 AM
Btw bilalah kita ni nak jadi negara yang maju dari segi pemikiran, yakni, tak siapa yang hina hanya ...
salimrock replied at 30-5-2023 11:16 AM
tak baik pandang rendah pada orang,
missbigrockstar replied at 30-5-2023 11:52 AM
Penat aku menunggu video habis. Slow bebenor adik ni bercerita. Tapi aku tunggu sampai habis juga se ...
ADVERTISEMENT