Tunang Shuib, Watie Hanifiah dah boleh kahwin selepas selesai menjalani kursus perkahwinan baru-baru ini. Watie, 35, memberitahu dia merupakan peserta tertua dalam kelas kursus perkahwinan tersebut.
“Peserta Tertua. Tidak mengapalah, orang kata yang lambat selalunya sebab Allah SWT nak beri yang terbaik dan paling tepat. “Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat, #sabarituindah,” katanya di Instagram.
Dia juga memuat naik foto sijil kursus perkahwinannya selain turut berkongsi rasa teruja apabila sudah melepasi satu tahap untuk bergelar seorang isteri kepada Shuib. “Yeay! Sudah boleh kahwin kan Shuib?” katanya lagi.
Shuib dan Watien bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan. Sebelum itu, pasangan kekasih itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam, Selangor.
Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan kini berusia setahun. Pada 8 Ogos 2021, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19. –CARI Sumber: Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|