View: 1802|Reply: 8
|
Jadi Peserta Tertua, Tunang Shuib Tayang Sijil Kursus Kahwin "Berkat Sabar Allah Bagi Suami Terbaik Dan Paling Tepat"
[Copy link]
|
|
Tunang Shuib, Watie Hanifiah dah boleh kahwin selepas selesai menjalani kursus perkahwinan baru-baru ini.
Watie, 35, memberitahu dia merupakan peserta tertua dalam kelas kursus perkahwinan tersebut.
“Peserta Tertua. Tidak mengapalah, orang kata yang lambat selalunya sebab Allah SWT nak beri yang terbaik dan paling tepat.
“Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat, #sabarituindah,” katanya di Instagram.
Dia juga memuat naik foto sijil kursus perkahwinannya selain turut berkongsi rasa teruja apabila sudah melepasi satu tahap untuk bergelar seorang isteri kepada Shuib.
“Yeay! Sudah boleh kahwin kan Shuib?” katanya lagi.
Shuib dan Watien bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan.
Sebelum itu, pasangan kekasih itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam, Selangor.
Menerusi perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan kini berusia setahun.
Pada 8 Ogos 2021, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita kematian Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19. –CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
halla halla....
itu pon jadi isu ka.. apoo |
|
|
|
|
|
|
|
Suami terbaik?
Awal lagi watie oi nak cakap gitu |
|
|
|
|
|
|
|
pasangan merpati sejoli ksygn ramai kmbali lg hr ni dgn episod : peserta tertua kursus kwin
#roadtojannah |
|
|
|
|
|
|
|
Kawen pun belum. Awal sangat nk label suami terbaik. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya robbana, nikah terus je boleh tak? Tiber rasa stress bukak cari forum ni baca kesah diaorg je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn duk gerbang tinggi sgt oii
Kdg jantan belum dpt mmg beria
Dh dpt kdg koser nak layan
Binik punya gedik
Plsss lh watitek
Belajar nak hormat nama Allah
Tulis ejaan nama Allah dgn betul
bkn allah eshhhh |
|
|
|
|
|
|
|
sukati ko la tgh angau mmg la begitu |
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan tidak tunjuk segala kekayaan dan kemewahan di kesemua media sosial (medsos).. |
|
|
|
|
|
|
| |
|