Keputusan Mahkamah Seoul menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman Yoo Ah In susulan kes penyalahgunaan dadah sedang dihadapinya ketika ini menimbulkan kemarahan ramai. Allkpop melaporkan seorang peminat bertindak agresif dengan membaling botol berisi air kopi ketika aktor berkenaan berjalan menuju ke arah keretanya sejurus prosiding selesai.
Botol yang tidak mempunyai penutup itu terkena pada bahagian belakang aktor berusia 36 tahun terbabit, menyebabkan sut dipakai Ah In basah. Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Ah In dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan peminat itu, namun terpaksa berlalu pergi selepas dikawal ketat pengawal peribadinya. Tindakan tersebut tidak disenangi ramai kerana menganggap ia sebagai satu kekerasan, namun ada juga yang menyokong dengan keberanian pelaku. Pada 5 Februari lalu Ah In ditahan di lapangan terbang atas tuduhan mengambil dadah. Hasil saringan air kencing dan ujian makmal dia didapati mengambil dadah jenis ganja, kokain, ketamin dan propofol sejak 2021. Bagaimanapun, Ah In mengaku mengambil bahan terlarang itu bertujuan untuk perubatan kerana mengalami masalah untuk tidur. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT