CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Ingat Dapat Baby Best,"-Perit Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Mengaku Selalu Kejut Suami Sambil Menangis

30-5-2023 12:15 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8029| Komen: 108|Original author: Saiful

Tular sebuah video pengakuan Neelofa bercerita tentang pengalamannya bergelar ibu selepas melahirkan anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Kata Neelofa, di sebalik kegembiraan mendapat baby, ada kenangan pahit di sebaliknya.


Foto: IG

Dia mengakui pernah beberapa kali mengejutkan suaminya,  Haris Ismail sambil menangis ketika waktu malam.

Jelasnya, ianya kerana kurangnya ilmu tentang penyusuan ibu yang membuatkan Neelofa sedikit tertekan.


Semntara itu Neelofa juga menceritakan anaknya, Bilal sangat suka solat berjemaah bersama dia dan suami sebab dari kecil sudah dibiasakan berada di atas sejadah.



Bercerita mengenai anak kedua pula, dia akan mengekalkan konsep sama iaitu akan mengambil masa untuk berkongsi bayinya kepada umum.

“Penyakit ain ini bukan sahaja terjadi pada anak pertama sahaja, anak kedua pun saya akan ambil masa untuk berkongsi, macam Bilal saya tak kongsikan rutin harian dia tapi ada masa tertentu sahaja tunjuk.

“Kita akan tengok pada masa yang sesuai untuk kongsikan."



Tambahnya, “Yang penting adalah menghormati keputusan apa yang ditetapkan oleh ibu bapa di luar sana untuk anak mereka.

“Bukan saya sahaja, anak orang luar pun ada yang tak mahu kongsikan anak di sosial media ataupun bergambar, sama juga seperti saya.

“Tapi dalam situasi saya, mereka buat bahan jenaka tapi saya tak ambil serius cuma kalau tak buat macam itu lagi bagus. Hormat apa yang telah ditetapkan dan tunggu sahaja.

“Yang dalam industri adalah ibu bapanya, bukan anaknya."



Dia juga berharap kehadiran cahaya mata kedua ini dipermudahkan dan meminta orang luar menghormati keputusannya sekeluarga.

“Kali ini janganlah over sangat, buat kelakar atau bahan lawak. Saya akan hargai kalau orang di luar sana boleh hormati keputusan kami untuk simpan dahulu, bila masa sesuai kita akan tunjukkan," katanya kepada Melodi.-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailawati 30-5-2023 12:25 PM
Yang dalam industri adalah ibu bapanya, bukan anaknya.


Industri apa, nyahhhhh....
Ko laki bini relevent ker dalam industri seni?



Quote Binodino 30-5-2023 12:31 PM
"Bercerita mengenai anak kedua pula, dia akan mengekalkan konsep sama iaitu akan mengambil masa untuk berkongsi bayinya kepada umum.

“Penyakit ain ini bukan sahaja terjadi pada anak pertama sahaja, anak kedua pun saya akan ambil masa untuk berkongsi, macam Bilal saya tak kongsikan rutin harian dia tapi ada masa tertentu sahaja tunjuk"

Bakalan ada sticker lagi la nampaknya
Quote Tasikchini 30-5-2023 12:31 PM
hek elleh terpaling beranak
Quote I.K.A888990 30-5-2023 12:32 PM
auta je lebih kau ni npd
sembang boleh percaya jgn sesekali
Quote Realpeople17 30-5-2023 12:34 PM
TERPALING IBU!


mmg la ko akn amik masa dedah muka ank ko nnti. Tp cam biasa ko akn slalu tunjuk sipi2. Telinga la tgn la peha la. Nk2 kalo ada something yg seteru ko buat ha time tu la ko akn tnjuk sipi2 anggota bdn ank ko tu.  Pastu benak pun menggeletis mcm tak penah jmpe baby.
Quote Tudungpink 30-5-2023 12:38 PM
statement meminta sendiri cipta kontroversi sendiri tersakiti...
Quote HoneyManjer 30-5-2023 12:38 PM
busuk masam betul si haris gambo yang first tuh...
dengan selekehnye tak pasang button...
aduh...rimaihnyer...
ex aku macam tuh dluh...tak berapa nak kemas penampilan
haihhhhh
Quote stingergrumpy 30-5-2023 12:39 PM
Tasikchini replied at 30-5-2023 12:31 PM
hek elleh terpaling beranak

Nanti kena ban potong kedit meroyan barbi lagi ko...ayat mengundang probokasi iteww...

Cuba jaga bahasa iteww sikit macam aku...berat sangat keww?
Quote stingergrumpy 30-5-2023 12:40 PM
HoneyManjer replied at 30-5-2023 12:38 PM
busuk masam betul si haris gambo yang first tuh...
dengan selekehnye tak pasang button...
aduh...rim ...

J model for a reason...

Kahkahkahkah
Quote stingergrumpy 30-5-2023 12:41 PM
Realpeople17 replied at 30-5-2023 12:34 PM
TERPALING IBU!



Adik timoh...bila nak tumbuh telinganyer dlm kandungan?

#tanyaje
Quote helicornia 30-5-2023 12:45 PM
Binodino replied at 30-5-2023 12:31 PM
"Bercerita mengenai anak kedua pula, dia akan mengekalkan konsep sama iaitu akan mengambil masa untu ...

stok stiker dulu tak abis lagi
Quote likilu 30-5-2023 01:00 PM
Lah tak sejok perut ke hasbullah wanikmal wakeel tu
Quote MatDeghem 30-5-2023 01:01 PM
Sendiri buat kelakar org ketawa....maraha pull.
Letak bantal atas Muka budak tu...netijen yg di salahkan. Memang penyakit keturunan Tarak obat
Quote MatDeghem 30-5-2023 01:03 PM
Sholat bersama? Waa dah pandai sholat. Belum 2 tahun.
...duduk atas pangku pun Tak mau. Suka lega lega sendiri....
Quote missbigrockstar 30-5-2023 01:06 PM
Eye bags ko teruk bebenor jah.
Quote oklatu85 30-5-2023 01:12 PM
Bukan dah amik mcm2 cikgu .stress Lagi .ooyooo
Quote aemon 30-5-2023 01:19 PM
Ye..mmg boleh kena ain..sbb aku x tau nape aura anak ko pun aku x suka walau comel.slagi ternampak selagi hati hitam x suka.
Quote missHaidiD 30-5-2023 01:27 PM
Bkn dulu claim susu terpaling bnyk ke

Bkn dulu claim ank dia senang dijaga.  Takde masalah..
Quote missHaidiD 30-5-2023 01:28 PM
Beranak pg ni ptg dah claim susu dia bnyk sb minum kucate

Arini sudah tukar ka?

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057326 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top