Ifa Raziah memberi bayang akan lebih kerap memuat naik content seperti tarian goyang punggung seperti dilakukannya dengan usahawan konstroversi Aliff Syukri- baru-baru ini. Penyanyi dan usahawan berusia 47 tahun itu, ketika ditemui OHBulan di di majlis sambutan SukeTV Raya & Anniversary menjelaskan bahawa video berkenaan sekadar untuk hiburan dan pemasaran perniagaannya.
"Bila saya buat konten macam itu maknanya berjayalah resepi saya, lepas ini saya kena buat video seperti ini lagi. "Sebab saya buat video itu sebenarnya saya nak war-warkan StarVendor di Melaka nanti. Sebelum itu saya ada buat konten bersama artis-artis yang lain tetapi semuanya tak dapat perhatian. "Saya tak bersentuhan pun, di manakah kesalahannya itu? Dan saya tak pakai pakaian yang mencolok mata pun cuma saya tak pakai tudung la," katanya. Tambahnya, video tersebut hanyalah sekadar hiburan untuk menarik perhatian warganet. Malah, sebelum ini dia sudah sedaya upaya membuat video yang tidak mencetuskan kontroversi, namun tidak mendapat perhatian.
"Apa salahnya viral, setahun sekali sahaja saya nak ‘belanja’? Kitakan nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia. Bila saya ‘posting’ video yang saya buat beria-ria semua tak dapat sambutan.. tak ‘FYP’, tak viral.
|
ADVERTISEMENT