CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dilempar Tanggapan Negatif, Ubai Biarkan Saja

28-5-2023 06:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2025| Komen: 28

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25, mengakui bukan mudah dia melayari hubungan percintaan dengan tunangnya yang juga penyanyi popular, Shila Amzah, 33, kerana perlu berhadapan pelbagai tanggapan negatif netizen.


Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli ketika dihubumgi berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana pertunangan dengan penyanyi Patah Seribu itu berjalan lancar dalam satu majlis tertutup, semalam.


Mengulas kisah hantaran Shila di Instagram beberapa hari sebelum mereka bertunang yang menimbulkam salah faham ramai, Ubai berkata, dia tahu niat sebenar kekasihnya itu yang ingin memberikan penghargaan.

"Saya dalam perjalanan ke tempat kerja ketika tahu mengenai hantaran itu. Apabila membacanya, saya tahu yang dia (Shila) sekadar menulisnya sebagai penghargaan. Tapi, ramai yang dah salah faham dan anggap bukan-bukan.

"Sebenarnya ia perkara biasa saja bagi saya. Sebabnya,bila sebut hubungan saya dengan Shila, memang banyak yang negatif orang akan cakap daripada positif. Itulah lumrah kehidupan.


"Saya dah faham sangat dah. Kami buatlah apa pun, tapi yang buruk itu orang tulis dan cakapkan," katanya merancang majlis perkahwinan mereka pada tahun ini dan enggan bertunang lama-lama.


Ubai berkata, selama dia mengenali dan rapat dengan Shila, bermacam-macam dakwaan negatif yang diperkatakan, hingga  dia selesa membiarkan walaupun tahu mengenainya.

"Kalau kisah saya dengan Shila ini, buatlah baik macam mana pun, yang negatif tetap akan ada. Contoh masa kita mula berkawan, ada orang yang cakap kenapa saya nak tumpang populariti dia?

"Bila kami dah bercinta pula, ada yang kata kenapa macam itu macam ini, banyaklah negatifnya.

Malah, saya diminta ikat dia (bertunang) untuk ikatan sah dan cepat-cepat bernikah. Jadi, benda ini (perhatian netizen) memang tak boleh nak hentikan apa orang nak cakap.

"Tapi, saya okay saja kalau orang macam doakan yang baik-baik, tahniah nak kahwin pun, dah bertunang. Tapi, bila orang persoalkan macam tak lama lagi, harap putus, tipulah kalau mana-mana individu boleh cakap dia tak kisah," katanya.


Menurut Ubai, dia boleh saja kata tak baca komen-komen itu, tapi realiti sebenar memang kena kuatkan diri untuk hadap semua itu. 

Katanya, sebelum ini di TikTok pun dia menerima komen negatif, tapi mengambilnya secara positif sebagai kekurangan diri. 

Difahamkan, Ubai dan Shila mula menjalin hubungan rapat sejak tahun lalu. Cuma, mereka mengaku  bercinta pada Februari lalu menerusi penjelasan dibuat dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Ubai dikatakan  mula mendekati dan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya iaitu berhadapan kegagalan dalam rumah tangga.

Malah, Ubai juga dikatakan sudah menyukai Shila sejak dia tingkatan satu pada 2011 dan mengikuti wanita idamannya di Twitter. Namun, hubungan antara peminat dan penyanyi pujaan semakin akrab pada 2014.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 28-5-2023 06:42 PM
Nak buat apa.. Biar kan je lah. Janji ko bahagia. Esok lusa putus ke apa ke kena kecam tu biasa lah.
Hadap je lah dah itu yg ko pilih.
Quote I.K.A888990 28-5-2023 07:01 PM
layan je la ubai oii
Quote Mekgadis16 28-5-2023 07:10 PM
Good luck la kome!
Quote Carcosa 28-5-2023 07:22 PM
Cemana dua ekor ni kenal ek? Brjumpa show apa?

Dua2 mmg takde usaha nak perbaiki keturunan eh?
Quote likilu 28-5-2023 07:34 PM
Edited by likilu at 29-5-2023 08:06 AM

Tunang 2023 - 25 tahun
Rapat 2014 - 16 tahun
Kenal n follow twitter 2011 - 13 tahun

Kira memang dah lama la xila besarkan ubai. Berbaloi jugak dah umo 25 terus suruh tunang ngan dia. Berani ko derhaka ubai.

*Ok dah edit salah kira umur hehe.

Quote AcikBuncit 28-5-2023 08:28 PM
Ubai ni mcm dh xleh patah balik hahaha hadap la ko xila yg brmasalah emosi smp ke tua ni..
Quote winky1 28-5-2023 08:30 PM
Oh tak tunggu buka braces lah. Hokeh.
Quote dua_chzy 28-5-2023 10:42 PM
Masih bersama rupanya. Good luck la menghadap perangai bakal vinik.
Quote dua_chzy 28-5-2023 10:43 PM
likilu replied at 28-5-2023 11:34 AM
Tunang 2023 - 25 tahun
Rapat 2014 - 12 tahun
Kenal n follow twitter 2011 - 9 tahun

Dem. Terasa diri ini pedo bila baca.
Quote likilu 28-5-2023 11:26 PM
dua_chzy replied at 28-5-2023 10:43 PM
Dem. Terasa diri ini pedo bila baca.

U la takde ke pesan kat anak murid umur 9 tahun belajar matematik hafal sifir. Pergi follow twitter retis buat apa? Takkan cikgu cikgu tak pantau??
Sebab cikgu tak jaga anak murid lah retis terpaksa besarkan follower macam anak sendiri sampai terpaksa bertunang.

Haha gitu i jadi macam parents terpaling mcm mak budak seatbelt tu
Quote anony-mous 28-5-2023 11:32 PM
Nmpk karakter ubai ni mcm matang jgk n jnis mengalah dgn xila. Mgkin she suit with that kind of person
Quote rosevelvet 28-5-2023 11:33 PM
Mak ubai sakit ke. X mungkin ubai jg pas kije. Nmpk semedang duk btenggek ngn xila je
Quote Skyline_84 28-5-2023 11:36 PM
Tahan jugak ek mamat ni dgn prangai shilalat yg smua benda tk kena tu..good luck la baii
Quote aryssa_arianna 28-5-2023 11:47 PM
likilu replied at 28-5-2023 07:34 PM
Tunang 2023 - 25 tahun
Rapat 2014 - 12 tahun
Kenal n follow twitter 2011 - 9 tahun

Kan dia ckp kenal 2011 masa tingkatan 1, so 13 tahun, dia lahir 1998
Quote DeLuna85 28-5-2023 11:51 PM
Tapi aku suka juga tgk korang. Selamat berbahagia.
Quote aldinaa 29-5-2023 12:31 AM
xila cuma ingin mencari secebis bahagia..
Quote imanjannah 29-5-2023 12:45 AM
as long as ko x buat benda merepek, kau Jalan je la, bukan ko nak hidup atas kehendak atau acuan org lain, mereka tunggu ko kecundang je utk bertepuk tangan
Quote hokeypokey 29-5-2023 01:20 AM
tahniah ubai, selamat pecah dara dik..
Quote doubleA 29-5-2023 03:12 AM
Menang jackpot la ubai dari diehardfan dapat kawen dgn retis idaman. Dua2 bujang biar la deme, nanti dah tidur sebantal sekatil tau la dia langit tinggi rendah. Selamat masuk dlm keluarga pening2 lalat [em:4:]

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.176656 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top