CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikecam Kerana Anggap Isteri Macam ‘Kilang’ Anak Tanpa Rehat Cukup, Ini Jawapan Fizo Omar

28-5-2023 06:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3602| Komen: 49

Pelakon, Fizo Omar menjelaskan sebab dia berkeinginan memiliki ramai cahaya mata selepas teruk dikecam baru-baru ini.


Ia susulan kecaman yang dilempar netizen mendakwa pelakon tersebut tidak sayang akan isterinya yang sudah berhempas pulas untuk melahirkan zuriat mereka yang kedua dalam masa setahun.



Menerusi satu temubual bersama Hlive, Fizo mengakui dia ada terbaca maklum balas peminat serta kecaman netizen terhadap keinginannya itu.


Pelakon filem 7 Petala Cinta itu menjelaskan, atas faktor umurnya yang makin lanjut, dia tidak mahu menjarakkan usia anak-anak agar hasratnya tercapai.


“Banyak saya terima komen daripada netizen, ‘kau tak sayang bini ke?’, ‘kau tak rancang’. Okay akak-akak semua, macam ni.


“Saya ni umur dah nak cecah 40 tahun, katalah saya bagi ‘gap’ anak sayang lima tahun, saya target ada ramai anak. Takkanlah umur 50 tahun saya tengah dukung baby lagi, dan umur 60 tahun baru anak masuk sekolah,” katanya.



Bukan itu sahaja, Fizo turut menjelaskan kerisauannya untuk mencari nafkah serta perbelanjaan anaknya untuk ke sekolah apabila sudah menjangkau usia 60 tahun kelak.


Sekadar info, Fizo memuat naik kegembiraannya selepas isteri, Fazeera Nazri Azrai selamat melahirkan anak mereka pada awal Mei yang lalu di media sosial.


Bagaimanapun, Fizo mendapat komen dan reaksi yang agak negatif dari warganet selepas menyatakan keinginannya untuk menimang cahaya mata lagi dalam waktu terdekat.


Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan keinginan Fizo itu dan mendakwa pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu tidak memikirkan tentang kesihatan isterinya.

Sumber: Boom




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 28-5-2023 06:32 PM
Setahun 2x beranak dah mcm kucing
Quote margo20 28-5-2023 06:32 PM
Ala ckp jela sbb belum dpt baby boy
Quote Binodino 28-5-2023 06:59 PM
Kau kata kau bankrap. Pastu kau gigih nak beranak pinak ramai2 [em:7:]
Quote Mekgadis16 28-5-2023 07:08 PM
Ikut mung laaaa. Bini kau bukan bini orang lain. Orang nasihat sebab kesian kat bini. Badan x fully recovered mental tak fully prepared dah bersalin lagi. Tapi bini kau so kau yang kena hadap pape nanti. Gittew!
Quote Incanto 28-5-2023 07:27 PM
selfishnya jantan sskjp nih

Quote bedahmenjuyah 28-5-2023 07:33 PM
Selfish pya jate. Dah la isteri baru beranak dah tala camera buat content. Ish!
Quote tomaz 28-5-2023 07:52 PM
margo20 replied at 28-5-2023 06:32 PM
Ala ckp jela sbb belum dpt baby boy

Hudus la kalau betul niat dia mcm tu
Quote zuriey 28-5-2023 07:56 PM
Mekgadis16 replied at 28-5-2023 07:08 PM
Ikut mung laaaa. Bini kau bukan bini orang lain. Orang nasihat sebab kesian kat bini. Badan x fully  ...

Acik2 fb ank berderet kata tak apa la dia berpantang 1st class..ada maid jaga ank2.. igt dgn berpantang je badan terus elok kalau dah setahun 2x keluar kepala budak silap2 meletop rahim..

Quote cm_vungtau 28-5-2023 08:00 PM
Harap anak2 tak kena bayar hutang2 bankrap tu. Best betul kalau camtu. Declare bankrap pastu hutang burn.
Quote slyfynx 28-5-2023 08:09 PM
Matlamat x menghalalkan cara beb.
Sian bini tu
Quote Atata 28-5-2023 08:15 PM
Ternampak rakaman live dia ngan bini dia haritu sebelum bersalin. Bini nak makan pun dia control2. Jadaaah perempuan dekat2 nak bersalin nafsu mcm naga okey. Kena control2 gitu rasa macam nak meroyan je seriuslahh. Tah kenapa aku emo tengok dia larang2 isteri dia makan ughh annoying
Quote bunnyj3lly 28-5-2023 08:19 PM
Tu la.. memang ada manusia gila duit, ada yang gila perempuan, ada yang gila anak ramai. Macam-macam kegilaan manusia ini.
Quote MidoriHijau 28-5-2023 09:09 PM
Kenapa aku rasa dorang laki bini ni macam nak tunjuk hebat sebab boleh dapat anak senang? Macam perli mawar sbb dulu susah dapat maryam?
Quote namieamuro 28-5-2023 09:16 PM
Edited by namieamuro at 28-5-2023 09:17 PM

nk anak ramai ikot kau la pijo. laki bini yg tanggung. tapi ape keje die skrg? tak nampak blakon  sgt. masih diundang bagi ceramah?

anak ramai komitmen pn tggi. lagi2 zaman ekonomi sesak ni. jgn reti sedap buat anak dgn sedap buat konten anak keluar dr perut je. mase depan anak2 tu priority no 1. jgn nti mengeluh segala nye mahal dah ler. mak mtk lanje kusi urut dlu pn ko ngeluh benda mahal.
Quote carlalily 28-5-2023 09:41 PM
Ko ckp risau nafkah ngan belanja anak.. tp nak anak ramai. Yihhh…
Quote Hoola 28-5-2023 10:05 PM
Edited by Hoola at 28-5-2023 10:07 PM

pong pang byk cite tu sbb org marah
terpaling serbaserbi
terpling nk ank byk
tpling bini br nk mlhirkn dh hint nk ank lg
tpling pncari nfkh bila kerepot nnti
terpaling bnkrupt

diam ahhh semakk
haktuih!!!ujar netijem!!!!
Quote orkid_amani 28-5-2023 10:12 PM
Laaa knp xcakap selagi belum dapat mini fizo xkn suruh fazira to stop beranak
Quote timah03 28-5-2023 10:23 PM
orkid_amani replied at 28-5-2023 10:12 PM
Laaa knp xcakap selagi belum dapat mini fizo xkn suruh fazira to stop beranak

Jatuh la standard....
Sskjp kan ego tinggi...
Quote timah03 28-5-2023 10:24 PM
Binodino replied at 28-5-2023 06:59 PM
Kau kata kau bankrap. Pastu kau gigih nak beranak pinak ramai2 [em:7:]

Dia muflis... Bini tak...
Apa2 boleh guna nama bini...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.208608 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top