Bukan itu sahaja, Fizo turut menjelaskan kerisauannya untuk mencari nafkah serta perbelanjaan anaknya untuk ke sekolah apabila sudah menjangkau usia 60 tahun kelak.
Sekadar info, Fizo memuat naik kegembiraannya selepas isteri, Fazeera Nazri Azrai selamat melahirkan anak mereka pada awal Mei yang lalu di media sosial.
Bagaimanapun, Fizo mendapat komen dan reaksi yang agak negatif dari warganet selepas menyatakan keinginannya untuk menimang cahaya mata lagi dalam waktu terdekat.
Rata-rata netizen kurang bersetuju dengan keinginan Fizo itu dan mendakwa pelakon
Rindu Awak Separuh Nyawa itu tidak memikirkan tentang kesihatan isterinya.
Sumber: Boom