"Naik turun dalam karier sebagai seorang artis adalah perkara normal." Demikian falsafah menjadi pegangan penyanyi Tajul Ariff, 25, ketika mengulas mengenai graf karier seninya yang dilihat semakin merudum ketika ini.
Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md Shari berkata, dia sudah mengecap pelbagai kejayaan saat berada di puncak kerjaya dan merasakan sudah tiba masa untuk bakat baharu mula menyinar. "Saya sudah sampai tahap paling tinggi suatu ketika dahulu dengan 'tapau' pelbagai bentuk persembahan di seluruh Malaysia. "Jadi, sekarang mungkin masa untuk artis baharu mencipta nama dan mencari peluang dalam industri muzik. "Janji setiap bulan itu ada 'job' saya sudah sangat bersyukur. Jangan dalam tempoh sebulan langsung tiada tawaran, itu akan memeningkan saya," katanya kepada BH Online. Adik kepada penyanyi popular era 1990-an, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik Spin itu berkata, segala-galanya bergantung kepada ketentuan Yang Maha Esa dan sama sekali tidak mempersoalkannya.
|
missyL replied at 28-5-2023 07:10 AM
Dik.. Xdelah merudum pn
Sbb x pnh naik sgt pn
Carcosa replied at 28-5-2023 09:28 AM
"Saya sudah sampai tahap paling tinggi suatu ketika dahulu dengan 'tapau' pelbagai bentuk persembaha ...
PENYANYI Tajul Ariff, 19, memberitahu dia membuat keputusan untuk tidak keluar di tempat awam pada hujung minggu kerana mahu mengelak dari dikerumuni peminat.
ADVERTISEMENT