CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1420|Reply: 21

Tajul Akui Populariti Merudum

[Copy link]
Post time 28-5-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode
"Naik turun dalam karier sebagai seorang artis adalah perkara normal."


Demikian falsafah menjadi pegangan penyanyi Tajul Ariff, 25, ketika mengulas mengenai graf karier seninya yang dilihat semakin merudum ketika ini.


Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md Shari berkata, dia sudah mengecap pelbagai kejayaan saat berada di puncak kerjaya dan merasakan sudah tiba masa untuk bakat baharu mula menyinar.






"Saya sudah sampai tahap paling tinggi suatu ketika dahulu dengan 'tapau' pelbagai bentuk persembahan di seluruh Malaysia.


"Jadi, sekarang mungkin masa untuk artis baharu mencipta nama dan mencari peluang dalam industri muzik.


"Janji setiap bulan itu ada 'job' saya sudah sangat bersyukur. Jangan dalam tempoh sebulan langsung tiada tawaran, itu akan memeningkan saya," katanya kepada BH Online.


Adik kepada penyanyi popular era 1990-an, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik Spin itu berkata, segala-galanya bergantung kepada ketentuan Yang Maha Esa dan sama sekali tidak mempersoalkannya.


  



"Apabila berada di atas, kita juga pasti akan merasakan saat berada di bawah. Dan ketika ini saya merasakannya sendiri.


"Namun, disebabkan dapat terus kekal dengan apa yang ada, saya tetap bersyukur.


"Saya tidak pernah mempersoalkan apa yang berlaku kepada kerjaya nyanyian sebab perkara itu sama sekali tidak pelik. Setiap orang akan melalui perkara sama dan saya menaruh harapan tinggi terhadap Allah.


"Saya hanya mengikut apa sahaja ketetapan dalam hidup dan mungkin ketika ini juga sudah sampai masa untuk saya berehat seketika," katanya.


Ditanya perasaannya melihat bakat baharu terus melebarkan sayap, Tajul berkata, kemanisan berada di puncak karier sebagai penyanyi sudah dirasai suatu ketika dahulu.


"Saya merasai semua perkara pada zaman saya dahulu dan mungkin ini adalah zaman mereka pula. Perkara ini sama sahaja, cuma apa yang membezakan adalah diri saya dahulu dan sekarang.


"Kita jangan pandang apa yang tidak dapat, tetapi pandanglah apa yang kita sudah ada kerana mungkin ia lebih baik," katanya.


  



Selepas hampir dua tahun menyepi, Tajul mengakui, namanya kembali menjadi sebutan apabila merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan kumpulan Spin berjudul Malam Semakin Dingin pada 2001 duet bersama Afieq Shazwan.


Versi baharu Malam Semakin Dingin yang dilancarkan pada 2021 itu berjaya melayakkan Tajul dan Afieq tersenarai sebagai calon awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 menerusi dua kategori iaitu Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular dan Lagu Paling Boom.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2023 03:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik.. Xdelah merudum pn
Sbb x pnh naik sgt pn
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb muka ko cam chipmunk, buat la kontroversi skit biar org kecam baru org kenal, tgk tu sape ntah bosskay babi ngan yong tau fu mane ntah pun lagi byk thread dr ko tajul
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan memang merundum ke?
Lagu popular pun takde..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau merudum, berusaha untuk naik balik. Suruh isteri sama2 tolong & sokong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan mana yang menulis berita ni? Achik tu start famous end 99, awal 2000. Sejenis tak reti buat homework agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa ko popular diiikkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Better la ko cari keje tetap . Mmg xde pakej utk berada di top. Klau bakat so-so maaf ckp la mmg org akn tgk rupa dlu. Yonnyboi i rasa setakat ni wajah plg haukest tp mmpu jgk la menarik minat iols n mnasir sbb dia betul2 ada bakat buat lagu sdri , lagu pon lain dari yg lain. Ko apa ada?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 07:33 PM | Show all posts
agak dah mesti kene kecam
statement pun mengalahkan siti nurhaliza yach.... atau reporter memandai tulis "sudah mengecap pelbagai kejayaan"... hahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam la sebelum ni kau famous sangat. Dari dulu sampai sekarang gitu je la 'tahap populariti' kau
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 28-5-2023 07:10 AM
Dik.. Xdelah merudum pn
Sbb x pnh naik sgt pn

hahahah kan aku kenal pun sebab adik achik lepastu ada duet dgn wani hasrita..lain2 takleh recall..
oh ada isu kawen senyap dgn bini rempit..dah pakai tudung baru nampak semenggah sikit...so kategori femes kah ini..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
"Saya sudah sampai tahap paling tinggi suatu ketika dahulu dengan 'tapau' pelbagai bentuk persembahan di seluruh Malaysia"

Salah tu Tajul.
Patut ko ckp "tapau" pelbagai bentuk lauk pauk dan nasik. Sebab muka ko dkt suratkhabar setakat org buat bungkus makanan dkt mamak tu pun, org xkenal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kotakominami at 28-5-2023 09:50 PM

"Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md Shari berkata, dia sudah mengecap pelbagai kejayaan saat berada di puncak kerjaya dan merasakan sudah tiba masa untuk bakat baharu mula menyinar"

WHEN??
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Afieq shazwan TU bg iols mcm.perosak.lagu plak
Didayu2kan lagu semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2023 10:00 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 28-5-2023 10:02 AM
Carcosa replied at 28-5-2023 09:28 AM
"Saya sudah sampai tahap paling tinggi suatu ketika dahulu dengan 'tapau' pelbagai bentuk persembaha ...

Tajul ni dulu popular. Selalu kena kerumun dengan peminat. Sebab tu dia tak keluar jalan2 di tempat awam.

PENYANYI Tajul Ariff, 19, memberitahu dia membuat keputusan untuk tidak keluar di tempat awam pada hujung minggu kerana mahu mengelak dari dikerumuni peminat.
Sumber: https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2017/04/10/tajul-arif-elak

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 10:47 AM | Show all posts
Ko memang tak popular pun dik, dari awal masuk org kenal ko sebab arwah achik je
Kalau bukan sebab arwah mmg ko lagi tak dikenali
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 10:57 AM | Show all posts
muka cam ceplos camne nk jadi top cam bam tah???lambertttttttttttt lagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2023 11:03 AM | Show all posts
tak pernah popular pun masalahnya nok... sila la terima hakikat...
btw kuat betul wajah hindu majapahit heols yach..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060169 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list