CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Bikini, Ameera Masih Boleh Dibentuk - Neelofa

28-5-2023 10:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10036| Komen: 206

Meskipun sering dihambat kontroversi, selebriti popular, Neelofa percaya adiknya, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan masih mempunyai sisi positif dan boleh dibentuk.

Neelofa berkata, Ameera seorang yang mendengar cakap dan boleh menerima nasihat terutama jika nasihat datang daripada dirinya dan abangnya, Aqief.


"Sebagai keluarga, jika timbul sesuatu isu berkaitan dirinya, kami akan cuba meminta antara satu sama lain untuk menegurnya.

"Biasanya, Ameera akan dengar cakap saya dan Aqief. Saya juga boleh bercakap secara berdepan ataupun menghantar mesej di telefon jika ada perkara yang ingin diperkatakan.

"Saya selesa dengan dua-dua cara itu," katanya pada sidang media Disney X Naelofar yang diadakan di The Starhill, di sini, malam tadi.

Neelofa mengulas isu tindakan adiknya itu memuat naik pakaian renang dalam media sosial hingga menjadi perdebatan netizen, baru-baru ini.


Sementara itu, mengulas dakwaan Ameera kini menjalinkan hubungan dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol, penyandang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) ini mendakwa tidak tahu menahu perkara itu.

Bagaimanapun, kata pengacara program Next To Neelofa ini, dia bersikap terbuka mengenai jodoh adiknya walaupun jejaka berkenaan berasal dari luar negara.

"Saya tak sedar pun (gosip) itu. Tetapi, saya tahulah dia banyak terima komen dari Indonesia. Cuma, saya tak tahu siapakah jejaka yang 'dikenen-kenen' dengannya.

"Saya mana-mana pun okay. Asalkan sesuai, baik dan boleh bimbingnya.

"Saya banyak bersembang dengan Haris. Saya cakap Ameera budak baik. Dia kalau dapat orang yang betul, boleh bantu dan bimbing, akan jadi seorang isteri yang baik," kata isteri kepada pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz ini.

Pada majlis itu, Neelofa yang kini sedang sarat hamil anak kedua melancarkan koleksi bertemakan Aladdin yang diambil daripada karakter animasi popular terbitan Disney itu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 28-5-2023 10:39 AM
Bentuk laaa... Dah adik mu.
Tok rebonding ngan mama tins tak mampu bentuk.

Kalau dah tua bangka mcm mu dah susah nak bentuk... Mulut berniqab tp tetap mulut auta propa. Tak mampu di bentuk.
Quote Diamondmoney 28-5-2023 11:32 AM
Semakkkkk
Quote eyansss 28-5-2023 11:35 AM
time keturunan ko buat siap pakai bikini - boleh dibentuk…  time seteru setakat pakai kaler kuku hitam, berjurus2 kejian ko n benak ko keluarkan…  hipokrit!
Quote karipap_sadin 28-5-2023 11:42 AM
Agak nya dia cari calon adik ipar kot
Quote Realpeople17 28-5-2023 11:56 AM
Kat ig rmai penjilat backup ye. Konon2 jgn judge sbb jah dulu pun camtu. Skang ni bila jmpe lelaki yg tepat trus berubah jd baik. Baik hark tuih. Padahal dua2 laki bini jd penonggeng agama. Lg satu, bila jah kata nnti jmpe laki yg tepat si lemak ni akn jd isteri yg baik. Sejak bila kene brlaki jd benchmark utk seseorang pompuan jd baik? Slagi tak kawin, slagi tu akn brperangai hauk? Camtu?
Quote Realpeople17 28-5-2023 11:59 AM
eyansss replied at 28-5-2023 11:35 AM
time keturunan ko buat siap pakai bikini - boleh dibentuk…  time seteru setakat pakai kaler kuku hi ...

Ingt lg dulu benak prtikaikan nape fattah sanggup pilih pompuan free hair jd bini. Sanggup tinggai jah yg brtudung dan solehah. Solehah sgt. Padahal ikut ank raja naik yacht. Da mcm gundik dibuatnye. Skang ni Tuhan balas blk kat adik dia dok buat prangai mcm bitch. What say you benak??
Quote kaedahnya 28-5-2023 12:00 PM
tu dia gi gym tu nak membentuk badan laa
Quote nylliette 28-5-2023 12:13 PM
jah belajo ajaran sesat mana ek mmg totally hadap jantan utk ubah perangai. nak relate dgn kisah hidup dia la tu acah alim lepaih jumpa puyu. nak apply kat adik dia skali. sejak akil baligh dah dikira dosa pahala ek jah bukan lepaih kawen usetad celop
Quote doubleA 28-5-2023 01:02 PM
Maknanya dia sendiri ngaku deme liar dan makpak fail didik anak, kena tunggu laki lain jadi suami muncul utk bimbing. Dah haritu pun cakap family sskjp sendiri malam raya lagha, jah ni ingat diri dia terpaling masuk sorga lepas kawan puyu padahal munafikun ja
Quote cintasuraya 28-5-2023 01:05 PM
Yg penting kena up nama haris dulu

Gigih up laki

Nak dibentuk apanya

Ko pun fake

Depan socmed lain

Belakang niqab pun boleh terbang
Quote jejaka_hensem 28-5-2023 01:07 PM
Kesiann..kena bergantung dengan lelaki untuk jadi baik.
Quote airmineral 28-5-2023 01:15 PM
kalau dia dgr ckp aqief dgn lopak
maksudnya 2 org ni xtegur perbuatan adik dia tu la?


tp, budak ni da dewasa. so bg aku, dia mmg aware implikasi perbuatan dia. so dia mmg sengaja dan inginkan perhatian.

btw, mak bapa dia da meninggal ke? 2 org ni xleh tegur anak sendiri dan anak sdr xmo dgr ckp mak bapa?
Quote doubleA 28-5-2023 01:19 PM
airmineral replied at 28-5-2023 01:15 PM
kalau dia dgr ckp aqief dgn lopak
maksudnya 2 org ni xtegur perbuatan adik dia tu la?


Makpak fail cakap apapun anak degil, anak nak dengar cakap jantan lain bergelar suami ja. Ni lopak sendiri bangga2kan betapa dia jadi terpaling sebab tok laki, dan betapa family dia lagha di malam raya. Gigih up bini padahal bini bukan ada kelulusan agama pun, setad celop ja
Quote Piramida 28-5-2023 01:22 PM
Realpeople17 replied at 28-5-2023 11:56 AM
Kat ig rmai penjilat backup ye. Konon2 jgn judge sbb jah dulu pun camtu. Skang ni bila jmpe lelaki y ...

Family sskjp memang hadap jantan nak berubah agaknya.
If tak mampu 'ubah'.. Cerai... Cari lain..
Kakak sulung.. kak nab... makcik2.. Apa ada hal. Gitu jer lah pusingan nikah cerai nikah cerai history dia org.
Quote Realpeople17 28-5-2023 01:24 PM
cintasuraya replied at 28-5-2023 01:05 PM
Yg penting kena up nama haris dulu

Gigih up laki

Statement dia da byk kali aibkan mak pak sndiri. Kn sbelum ni dia kata lps da kawin byk bnda laki dia ajar trmasuk cara duduk. in other way nk bgtau slama ni dia mmbesar mak pak lngsung tak reti didik dia. Da brlaki bru la dia jd mnusia. So dia nk kabo gak yg adik bimbo dia ni pun tak didik dgn baik oleh mak pak. Nnti da kawin bru adik dia brubah jd baik. Makna kata mne2 jantan yg msuk dlm family ni mmperisterikan ank2 mamazat adalah hero sbenar. Mamazat who? Wpun brbuih mamazat mengangkat anknya smpai claim perut meletus nuclear reactor bila mengandongkn ank dia yg penuh zat.
Quote Realpeople17 28-5-2023 01:34 PM
Piramida replied at 28-5-2023 01:22 PM
Family sskjp memang hadap jantan nak berubah agaknya.
If tak mampu 'ubah'.. Cerai... Cari lain..  ...

Tgk la sepupu dia sndiri. Mmg mgharapkn jantan utk brubah. Jah sndiri pun ubah tang pakaian. Tu pun msih nmpk ada yg tak btul. Prangai? Sme je. Takde beza mne. Da la dia ni dok menunggang hal hijrah dia. Dulu nangis2 kat radio. Acah trpaling hijrah. Hujung2 letak papadom kat kepala jugak. Tudung tak serupa tudung. Blum lg msuk prangai dia yg lain2 yg kita kat sni sume tau. Skang ni bila brniqab pun dok tonggeng konon sbb laki dia plak byk ubahkn dia. Padahal sama je prangai. Da kalo cara duduk pun kne laki yg tegur, selama ni dia jd pompuan jnis apa??
Quote likilu 28-5-2023 01:36 PM
Ko bentuk nusio laki sendiri tu dah
Itupun perlu tunjuk ajar jugak jgn malukan ko lagi
Quote likilu 28-5-2023 01:37 PM
kaedahnya replied at 28-5-2023 12:00 PM
tu dia gi gym tu nak membentuk badan laa

Macam susah je bentuk sama jugak mcm dulu?
Quote I.K.A888990 28-5-2023 02:01 PM
suruh useless bini hang p bentuk adik hang f2f..
tapi better hang yg tgk diri sendiri dlu npd oiiii. kau punya terpaling munafik tu kena di ajar jgk..

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.117540 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top