Perkongsian pelakon Nelydia Senrose memberi gambaran dia kini sedang berada dalam keadaan yang tidak baik. Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, juga berkongsi dia sedang dalam perjalanan ke sebuah destinasi yang tidak maklumkan bagi memperbaiki hatinya yang sedang hancur.
"Membaiki kepingan hati yang hancur. Saya tidak okay, tetapi tidak mengapa," katanya. Nelydia berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya hingga mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat wanita itu. Dalam pada itu, Nelydia memberitahu dia ditemani oleh adik lelakinya dan menunjukkan dia sedang berada di dalam pesawat sambil menikmati hidangan dalam penerbangan. Nelydia yang mengenakan pakaian serba hitam dilihat menaiki penerbangan kelas perniagaan bagi memujuk hatinya yang sedang lara. Bagaimanapun tidak dijelaskan secara terperinci sebab dan punca dia membuat luahan sedih itu. Sebelum ini, Nelydia membuat kejutan apabila kembali tampil dengan imej berhijab dan berharap akan kekal istiqamah dengan imejnya sekarang. Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Mohd Hafez Halimi pada 6 April 2019 namun mereka belum dikurniakan cahaya mata. Sumber: mStar, IG Story Nelydia Senrose
|
mawardia replied at 27-5-2023 07:32 PM
Broken-hearted pun tetap makan steak.
Life goes on gittew.
MatDeghem replied at 27-5-2023 06:47 PM
Netijen selalu kena scam dgn retis. Padan Muka
kalchi replied at 27-5-2023 07:29 PM
Laki sheol yg mcm suib tu buat hal ke...ujung2 merajuk baik balik mcm eina & ebby
likilu replied at 27-5-2023 08:41 PM
Laki dia bukan muka dan bulu macam laki emma ke?
Tang mana mira pulak?
ADVERTISEMENT