Bukan di tanah air sahaja, malah rumah tangga selebriti Indonesia turut dilanda badai. Selain penyanyi Virgoun dan pelakon Ari Wibowo, nampaknya nama penyanyi kerohanian, Opick turut naik disebut-sebut.
Rumah tangganya dengan Bebi Silvana didakwa bergolak selepas isterinya itu membuat hantaran di media sosial seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka dilanda badai. Bebi antaranya memberitahu telah keluar dari rumah bersama anak-anaknya dan dikatakan berada di kediaman keluarganya di Bandung. Selepas beberapa hari khabar tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat, Opick akhirnya memberi pencerahan.
Opick menjelaskan kepada pihak media, rumah tangganya berada dalam keadaan baik. “Saya tidak mahu komen kerana kalau cakap, saya dapat rezeki. Anak-anak semua baik,” katanya ringkas seperti dilaporkan Detik.com. Bercakap mengenai isterinya keluar daripada rumah bersama anak-anak, Opick menjelaskan mereka pulang ke kampung untuk menziarah ibu mertuanya yang tidak sihat.
|
ADVERTISEMENT