CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jude Law Cipta Wangian Berbau Seperti Darah, Peluh Dan Najis

26-5-2023 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 455| Komen: 5

Description: Bukan biasa-biasa aroma haruman diciptanya, bintang Hollywood Jude Law mencipta wangian berbau seperti darah, peluh dan najis yang pasti boleh membuat orang menjauhkan diri!Bagaimanapun, faktanya wang ...
Bukan biasa-biasa aroma haruman diciptanya, bintang Hollywood Jude Law mencipta wangian berbau seperti darah, peluh dan najis yang pasti boleh membuat orang menjauhkan diri!

Bagaimanapun, faktanya wangian itu dicipta khusus untuk keperluan penggambaran filem.



Entertainment Weekly

Terlibat dalam projek terbaharu filem Firebrand sebagai Raja Henry VIII, filem lakonannya itu menceritakan hari-hari terakhir bersama isterinya sebelum meninggal dunia.

Ketika menjalani proses penggambaran, Law sempat membaca beberapa fakta menarik tentang keadaan terakhir Raja Henry VIII yang mana kaki beliau membusuk sehingga menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.

"Saya terbaca sejumlah fakta menarik bahawa aroma tubuh Henry boleh dihidu sejauh tiga bilik dari kamarnya. Kakinya membusuk sangat teruk. Dia menyamarkan bau terbabit dengan minyak bunga mawar.

"Saya terfikir akan menghasilkan efek luar biasa jika saya juga berbau kurang enak," katanya seperti dilapor Pagesix.

Justeru, Law mendapatkan pakar untuk menciptakan ramuan yang dapat menggambarkan keadaan Raya Henry VIII dengan tepat ketika beliau menderita kerana keadaan kakinya.


Vanity Fair

"Dia boleh membuat aroma yang wangi dan dia juga membuat aroma busuk. Entah macam mana dia menemukan variasi darah, kotoran dan peluh yang luar biasa ini," kongsi Law lagi.

Sebelum penggambaran biasanya Law akan menyembur wangian tidak menyenangkan itu ke tubuhnya dan akan memakai sebanyak mungkin wangian terbabit supaya baunya lebih kuat.

"Ketika Law memasuki tempat penggambaran, itu adalah momen yang sangat mengerikan," kata penerbit Firebrand, Karim Ainouz.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 26-5-2023 11:56 PM
muka die nmpk mcm amir khan plak kt atas tu
Quote Levespa 27-5-2023 01:47 AM
dalam the talented mr ripley bukan main handsome dia ni..
Quote Antifake 27-5-2023 01:52 AM
Selekeh macamana pon dia ni tetap hensem.
Quote hokeypokey 27-5-2023 10:37 AM
so apa guna perfume tu? nk prank orang lain???
Quote nazzse 27-5-2023 10:55 AM
Oh noo tak handsome tak crush iolss..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055855 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top