Seorang lelaki transgender mendakwa badannya berjaya menghasilkan susu. Pengguna TikTok nominal.naomi menyatakan dia mengambil sejenis ubatan bagi merangsang penghasilan susu ibu.
Malah menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seorang bayi sedang minum botol yang didakwa mengandungi susu ibu. "Saya baru lepas mengepam susu," ujarnya di halaman Twitter. Bukan itu sahaja, dia turut memetik laporan daripada perpustakaan perubatan yang menunjukkan bahawa lelaki yang percaya diri mereka sebagai wanita telah mengambil ubat-ubatan yang berlebihan pada masa lalu untuk merangsang penyusuan walaupun bukan wanita. Untuk kategori ini, ubat bagi menghasilkan susu ibu ditambah, terutamanya domperidone, estradiol, dan progesteron. Dia juga menyatakan terdapat ubat yang digunakan untuk meniru kehamilan. -CARI
Sumber: mStar/ The Post Millennial
|
ADVERTISEMENT