Seorang guru berkongsi kisah anak-anak muridnya yang baru darjah tiga berbalah di dalam kelas. Menurut guru itu, kejadian bermula apabila anak muridnya berbalas ejekan. "Aku hampir menitiskan air mati tadi dalam kelas. Anak murid saya yang darjah tiga main ejek-ejek dan kemudian keadaan jadi semakin panas. "Salah seorang daripada mereka terlepas cakap, dia sentuh sesuatu yang personal tentang kawan dia tu. Dia cakap budak tu miskin. "Terus menangis budak tu," kata guru tersebut yang tidak mendedahkan identitinya. "Saya panggil budak tu untuk datang cakap personal dengan saya. Dia terus menangis. Dia cakap tak apa cikgu, saya dah biasa kena, saya okay je. "Saya tak marah murid yang cakap dia miskin tu sebab walaupun keluarga dia lebih berkemampuan, tapi dua-dua salah dalam hal ni, dua-dua saling ejek-mengejek.
"Tapi saya keraskan sikit teguran dekat murid tu sebab ejekan yang dia bagi terlalu personal dan dia sendiri pun rasa bersalah," ujar guru itu. Guru tersebut seterusnya membiarkan dua anak muridnya itu berdamai sambil diperhatikan olehnya. "Saya biarkan mereka cakap antara satu sama lain dan sambil-sambil tu saya nasihatkan mereka. "Tapi saya sebak betul apabila nampak budak tu menangis. Penat jadi guru ni sebenarnya, kita nak mengajar sahaja tapi memang akan terlibat secara emosi dengan anak murid. "Kita pun emosi jadi tak stabil," kata guru tersebut. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memahami perasaan anak murid yang diejek sebagai 'miskin' itu. "Kita ingat kanak-kanak tak faham tapi mereka sebenarnya faham yang kata-kata boleh mengguris hati. Dan mereka sedar sebenarnya apa yang mereka cakap itu adalah salah. "Tugas kita untuk mendidik mereka. Saya pun pernah berada dalam tempat seorang 'budak miskin', memang sakit hati kalau orang target yang itu. "Tak dapat disangkal budak-budak sekarang memang mulut puaka. Sangat berseni dalam mematahkan hati. "Kalau saya jadi cikgu tu, saya terus minta budak-budak tu tukar sekolah," kata sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
Thunderclouds replied at 26-5-2023 01:43 PM
Didikan makAyah la tu kulur kilir flex kasta. Mau xmenurun kt ank².
Sama mcm budak² mulut cabul,dh ...
azimodin replied at 26-5-2023 02:18 PM
Benda ni bukan benda baru. Masa pergi kelas tambahan dulu aku pakai tshirt buruk, seluar track and s ...
venom1 replied at 26-5-2023 02:53 PM
traffic light bergerak? fuh tinggi betul imaginasi
azimodin replied at 26-5-2023 03:23 PM
Tudung x matching dengan baju, seluar, selipar & bag. Zaman 2000 kan dak2 pakai converse/vans/roxy ...
tikusmontok replied at 26-5-2023 02:34 PM
Memang dah dari kerejaan pun mengkasta2kan rokyat...bifoti la titwenti la pimati la..sudah serupa ...
noor2 replied at 26-5-2023 02:54 PM
Kat Malaysia ke ni...celaka betul mak ayah x didik anak dgn baik...siap ejek org lain miskin....
ADVERTISEMENT