CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penternak Rugi Berpuluh Ribu Ringgit, Dah Tak Untung Ternak Ikan Patin- Peminat Tegar Ikan Patin Temerloh Bakal Kecewa

26-5-2023 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 794| Komen: 5

Description: TEMERLOH: Kerugian sehingga RM50,000 seorang semusim, penternakan ikan patin sangkar bukan lagi bidang menguntungkan kerana ramai penternak di daerah ini gulung tikar.
TEMERLOH: Kerugian sehingga RM50,000 seorang semusim, penternakan ikan patin sangkar bukan lagi bidang menguntungkan kerana ramai penternak di daerah ini gulung tikar.

Pengusaha ikan sangkar Sungai Semantan, Mohammad Khalil Abdul Wahab, 39, berkata, sebelum ini jumlah kerugian tidak sebesar mana, namun sejak 2020, ia semakin meningkat dan membebankan penternak.


Katanya, kerugian itu disebabkan pelbagai faktor antaranya air sungai yang semakin cetek terutama sejak banjir 2020, banyak ikan mati mungkin disebabkan benih kurang berkualiti selain cuaca tidak menentu dan ancaman memerang.

Foto:Utusan

Justeru, beliau berharap pihak berwajib turun padang melihat sendiri kesukaran dihadapi penternak ikan sangkar terutama di daerah ini selain membantu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kekurangan bekalan ikan patin sangkar di negeri ini.

“Kerana mahu terus mengekalkan kualiti ikan patin sangkar yang begitu dikenali dalam kalangan peminat ikan ini, kami sebagai penternak tetap juga bertahan dalam industri ini tambahan pula rata-rata penternak menjadikan ini sebagai sumber pendapatan utama mereka,” katanya di sini.

Mohammad Khalil berkata, kekurangan ikan patin sangkar di pasaran akan menyebabkan peniaga terpaksa mengambil bekalan dari luar sekali gus menjejaskan kualiti ikan patin Temerloh.

“Bagi peminat tegar ikan patin Temerloh, mereka dapat bezakan rasa ikan patin Temerloh yang berbeza dengan rasa ikan dari tempat lain.

“Jika peniaga mula mengambil bekal dari luar, ia secara tidak langsung memberi imej buruk kepada kami penternak ikan sangkar. Pelanggan akan menuduh kami membekalkan ikan yang diambil dari luar.

“Sebolehnya kami mahu menjaga kualiti ikan patin daerah ini sekali gus mengekalkan nama Temerloh sebagai Bandar Ikan Patin,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan dapat menghulurkan bantuan kepada penternak ikan sangkar bagi meringankan beban yang terpaksa dihadapi golongan terbabit.

“Setidak-tidaknya berikan kami bantuan makanan ikan atau bantuan tunai secara ‘one-off’ sebagaimana yang diterima petani dan pengusaha sektor lain,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 26-5-2023 03:58 PM
Sebagai org pahang, i mmg mkn ikn patin dan talapia dr sangkar temerloh saja.

Tp i dgr skang ikn sangkar pun depa import dr kolam gk. Duk sangkar tu nk buang rasa tanah pd ikn je.
Quote Minami2013 26-5-2023 06:05 PM
Ikan patin tk elok makan selalu. I cuma makan tempoyak patin temerloh je.

My faveret tompayak patin.
Quote kitaserupaaa 26-5-2023 06:50 PM
Mmg tak sama rasa ikan patin dari sg pahang & sg negeri2 lain. Aku pernah rasa ikan patin dari sg perak & mmg tak sesedap ikan patin dari kawasan temerloh. Ikan patin kolam rasa lumpur kuat sgt.
Quote B40tastePosh 26-5-2023 06:53 PM
Aku antara peminat Ikan Patin Tempoyak.

Harap kerajaan tolong la penternak Ikan Patin.
Quote dekmieDandy 29-5-2023 09:43 AM
baru makan semalam ikan patin temerloh ni

memang nampak sungai tu makin cetek, sebab tebing sungai jadi lebar

so sungai dah tak dalam

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044413 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top