Tular di media sosial rakaman seorang pelajar perempuan ‘selamba’ bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelajar yang dikenali sebagai Wawa bertanya kepada Anwar mengenai tarikh bantuan e-Belia dimasukkan.
“Menteri kewangan kan? Saya nak tanya, bila nak dapat e-Belia? Kata bulan empat, tapi ni dah bulan lima nak masuk bulan enam dah,” tanya Wawa. Apabila ditanyakan tentang di mana datangnya sumber e-Belia masuk bulan empat, jawapan Wawa sangat mencuit hati. “Ada banyak kaT TikTok kata, ada yang kat Google pun sama,” jawabnya. Anwar menjawab soalan tersebut dengan berjanji akan menunakan tuntutan e-Belia pada bulan Jun.
“Wawa, kalau menteri kewangan kata, betullah. Tapi kalau TikTok kata… Nanti, ni menteri kewangan nak jawab. “Wawa kata e-Belia bila nak dapat? Ni bulan lima kan, okaylah insyaallah bulan enam kita bagi,” katanya. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan soalan dan jawapan pelajar tersebut. Malah, ada yang mengatakan perbualan mereka seolah-olah seperti perbualan anak meminta duit kepada bapanya. “Santai je anak muda sembang dengan pmx. Terbaik! sempoi PMX kita. Macam anak tanya ayah nak duit beanja. Comel je conversation ni,” tulis netizen. -CARI Sumber: XTRA
|
mizruncing replied at 26-5-2023 11:10 AM
berani budak pmpn tu tanya mcm tu. nasib gelak2. kalau serius je aku rasa mau guard dah halau kau ke ...
matjerk replied at 26-5-2023 12:22 PM
Teringat student medic yg tnya kt Dr Zakir Naik..psl yuran pengajian mahal dulu tu.. yg Dr Zakirbter ...
dua_chzy replied at 26-5-2023 06:13 AM
Comel ke gini? Imagine korang bos pehtu dah kerja ngan korang dia cakap gini dengan korang, "bos kan ...
ADVERTISEMENT