Seorang wanita membuat laporan polis, mendakwa diganggu seorang lelaki mabuk yang membuat ancaman untuk merogol mana-mana wanita di kawasan itu. Kejadian berlaku berdekatan dengan rumah mangsa di Buriram, Thailand.
Thaiger melaporkan, suspek berusia 55 tahun didakwa berdiri berhampiran dengan rumah mangsa dan mempamerkan kemaluannya. Dia kemudian menjerit mahu merogol semua wanita di kawasan kejiranan. Polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui suspek yang mabuk dan menunjukkan kemaluan. Mereka kemudian memeriksa guni milik suspek dan mendapati ia penuh dengan dawai elektrik yang dicuri. Suspek ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Susulan keterangan ahli keluarga, pihak polis memaklumkan suspek mempunyai ketagihan mengambil minuman beralkohol dan sering mencuri. - CARI
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT