JAKARTA – Seorang wanita warganegara asing muncul dalam keadaan bogel dan mengganggu satu persembahan tarian kebudayaan di Pulau Bali “Insiden wanita asing berbogel itu berlaku di pentas Puri Saraswati Ubud milik Tjokorda Ngurah Suyadnya atau Cok Wah,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Polis Bali, Stefanus Satake Bayu Setianto.
Detik melaporkan, wanita tersebut dilihat berjalan masuk dan merosakkan pintu pentas sebelum cuba meniru aksi tarian kumpulan penari. Aksi tidak senonoh itu dihalang oleh penjaga pentas sebelum dia dibawa keluar dari kawasan tersebut. Menurut polis, kejadian berlaku Isnin lalu sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan).
|
ADVERTISEMENT