CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah! Pengetahuan Gen Z Makin Cetek? Dah Tak Kenal Tunku Adul Rahman, Tunjuk Lisa Blackpink Tahu Pula

25-5-2023 07:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1505| Komen: 49

Description: Berita Harian melaporkan, anak muda zaman sekarang lebih cenderung untuk terus bekerja, di mana kajian mendapati 72 peratus anak muda tidak lagi berminat untuk menyambung pengajian selepas tamat Sijil ...
Berita Harian melaporkan, anak muda zaman sekarang lebih cenderung untuk terus bekerja, di mana kajian mendapati 72 peratus anak muda tidak lagi berminat untuk menyambung pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Perkara ini menimbulkan kerisauan orang ramai yang bimbang terhadap nasib negara dan masa hadapan generasi zaman sekarang.



Baru-baru ini tular pula di laman Twitter, sebuah video memaparkan seorang lelaki yang membuat temu bual bersama golongan generasi muda.

Lelaki berkenaan telah membuat perbandingan gambar antara penyanyi berasal dari Korea, Lisa Blackpink dan perdana menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.

Malangnya, golongan generasi muda di dalam video tersebut hanya mengenali artis korea berkenaan dan tidak mengenali bapa kemerdekaan Malaysia itu.


Di ruangan komen rata-rata pengguna media sosial telah meluahkan rasa bimbang terhadap generasi muda zaman sekarang kerana tidak mengetahui ilmu asas mengenai sejarah Malaysia.

Ada juga yang meluahkan kekecewaan dan rasa sedih melihat pengetahuan generasi muda yang semakin cetek.

Malah, netizen turut mempersoalkan sama ada mereka tidak membaca buku-buku sejarah dan mempersoalkan mengenai keputusan SPM mereka. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samperit 25-5-2023 08:56 PM
Gen baru ni mostly malas berfikir, malas membaca. General knowledge teruk nak mampos! Common sense pun kadang2 xde. Nilah akibat bila celik mata mengadap social media.
Quote pokokmeranti 25-5-2023 09:00 PM
Sbb itu kn pastikan Hadi Awang PM malaysia seterusnya. Semua hiburan lagho diharamkan supaya generasi mudah x lalai.
Quote mojarean_X 25-5-2023 09:07 PM
Iols rasa letak gambar bang non ntah2 ada yg x kenal juga
Quote Cyempaka 25-5-2023 09:17 PM
Aku rasa berlakon sbb xtutup muka. Tp  berlakon ke tal berlakon ke, kauorang memang bodo la sanggup terima watak dungu
Kesimpulannya kauorang bodo dan memalukan
Quote dua_chzy 25-5-2023 09:19 PM
Well,

student Form 2 aiols eja nama P. RAMLEE as Piramli. Ko tak sedeh noookkkkssssssss

Pehtu bila bagi soklan, a famous person you admire, depa pi cakap pula pasal influencer whoareyussss iyaaaaaaaaa
Quote matamata 25-5-2023 09:21 PM
Mula2 ada google....pehtu chatgpt....

Beku terus otak masing2
Quote kakikuDibibirmu 25-5-2023 09:23 PM
Adul ni yang tak suka minum susu tu kan?

23 (1).gif
Quote Rogue98 25-5-2023 09:23 PM
Wajibkan subject Sejarah ler. Cara pengajaran pun kenalah advance. Gen z tak suka membaca. Diaorang nak info cepat and ada visual.
Quote batu kikir 25-5-2023 10:47 PM
Mengajar budak2 undergrad sekarang sangat2 membosankan.
Leka dengan hp memanjang, datang kelas lambat, kadang2 tidor dalam kelas. Aku pernah halau keluar budak2 mcm ni
Bila kita tanya......muka blurrr (menyampah gilerr). Participation jangan harap la.
Banyak tak tahu dari tahu.
Tak tahulah apa nak jadi dengan masa depan negara kita ni.
Bukalah seluas-luas peluang kepada non-Bumi pulak untuk study kursus2 kritikal.
Student Bumi dah tak appreciate peluang diberi. Lantak depa lah
Quote mojarean_X 25-5-2023 10:54 PM
dua_chzy replied at 25-5-2023 09:19 PM
Well,

student Form 2 aiols eja nama P. RAMLEE as Piramli. Ko tak sedeh noookkkkssssssss

Mesti dorang sebut nama Amir Nazhan kan.
Quote sharlenetexas 25-5-2023 10:55 PM
Ko sekolah ke tak dik?
Weols sekolah dulu bukan setakat pemimpin, inventor mcm alexander graham bell, thomas alva edison pun masih ingat. Saintis tu mcm marie curie. Astronomer - nicoulas copernicus.

Quote dudaberhias 25-5-2023 11:03 PM
Gen Z bergantung pada wikipedia dan google bila theyols belajar... memang payah lah theyols nak ingat atau tahu tu sape... silap2 nabi muhammad pun theyols kena google dulu untuk tahu sape dia di masa akan datang... ini betul yach! tambah2 sekarang karangan, thesis semua boleh pakai AI

Quote hudalarva 26-5-2023 08:00 AM
siapa yg sumbat diorg dengan silibus kbat level ayah pin sampaikan yg core value dan essense of education pun diorg tak well developed?

siapa yg forcefeed diorg dengan smartphone sejak kecil lagi sampai diorg jadi bodoh kalau tak pakai google?

they are not the one who to be blamed
Quote epullipan 26-5-2023 08:39 AM
generasi skang pon banyak yang kurang hajar takde adab..
Quote bulalof 26-5-2023 08:48 AM
sedihnya bila generasi kini terlalu bengap. sejarah negara pun takde inisiatif nak amik tahu. camana rasa nak sayang pd negara? bertanggungjwb pd negara?
Quote rosedemon 26-5-2023 08:58 AM
ni sume keja ngadap tiktok je
Quote antikorok 26-5-2023 09:15 AM
Edited by antikorok at 26-5-2023 09:20 AM

Kalau aku ler kat tempat pompuan tuh, kalau ko tunjuk gambar Lalisa tuhhh bakalan haku whoareyuss sajork, sbb memang haku tak kenal pung majoriti retis2 pompuan Korea celop skrg walaupun Lalisa ni katanyehh dari Siam jahhh sbb deyoll look the same to me, muka sepesen lebih kurang jahhh a.k.a plastic surgery look gaytohhh
Lagi satu tak penting untuk ambil tahu bukan boleh dapat duit 1 millionzzz facing KLCC pun ha gaytohhh
Quote ctaz 26-5-2023 10:17 AM
cuba try tanya tentang adab pulak....
kompom HANCURRRRR
Quote Innrukia 26-5-2023 10:23 AM
sapa parents bebudak ni semua?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.273868 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top