Syamsul Yusof, 39, enggan memberikan sebarang komen terhadap prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Pengarah filem The Original Gangster itu menyerahkan pada peguamnya, Azmi Mohd Rais untuk mengulas lanjut. Azmi berkata, proses mendengar laporan JKP hari ini membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah tertangguh selepas pihaknya meminta plaintif (Puteri Sarah) untuk memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai kerana isu itu perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum kes lain diteruskan. "Hakim meminta plaintif (Puteri Sarah) untuk memfailkan dakwaan lafaz cerai yang didakwa sudah dilakukan sebanyak dua kali oleh Syamsul. Jadi, keputusan JKP perlu ditangguhkan dahulu membabitkan perintah shiqaq. "Isu yang lebih penting sekarang adalah hakim memerintahkan bahawa pihak berkenaan kena memfailkan pengesahan lafaz cerai. Jadi, tarikh 14 Jun depan adalah untuk mengetahui status pengesahan lafaz cerai," katanya kepada BH Online. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
straycat replied at 25-5-2023 07:46 PM
Rasa macam peguam Sol ni pun banyak putar alam. Pandai Sol cari peguam yang sama biol macam dia.
IzzahF replied at 25-5-2023 06:49 PM
gila lama sebulan kena tggu. pastu sebulan lg sampai abg jamel mampus
nasib la jadi ppuan kena sidai ...
dudaberhias replied at 25-5-2023 07:33 PM
lamanya nak kena tunggu... apoooo larat plak engko nak turun naik mahkamah dan gilap gigi pelesu har ...
Jemahjemah replied at 25-5-2023 11:10 PM
Kannn. Dah terang2 org tu teraniaya. Makin pnjg kes pulak. Kesian btol
ADVERTISEMENT