Remaja putus tangan kanan selepas terbabit kemalangan maut di Kilometer (KM) 95, Jalan Batu Pahat - Mersing, dekat sini, 12.20 tengah malam semalam. Difahamkan, pemandu lori tunda yang bimbang dipukul orang kampung bertindak melarikan diri dari lokasi kemalangan.
Bagaimanapun, dia kemudian kembali selepas merujuk kejadian itu dengan polis. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 48 tahun itu memandu sehingga ke Mersing selepas kenderaannya bergesel dengan Yamaha Y15ZR, dipandu mangsa, Mohammad Haziq Haiqal, 18. Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang gunting rambut parah di kepala dan sebelah kanan badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. "Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal ditunggang remaja itu dari arah Mersing menghala ke Kluang, manakala lori tunda itu pula dipercayai dari arah bertentangan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kedua-duanya bergesel di kawasan tengah jalan, berdasarkan serpihan yang berada di garisan berkembar tengah jalan. "Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan. "Pemandu lori itu yang takut dipukul orang kampung tidak menunggu di tempat kejadian dan terus memandu ke Mersing," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, bagaimanapun, pemandu lori tunda berkenaan merujuk kejadian itu dengan polis, dan datang semula ke daerah ini untuk membuat laporan kemalangan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Sumber: Harian Metro
|
blue_blur replied at 25-5-2023 08:25 PM
kalau korang perasan, motor jenis model ni la banyak sangat eksiden.....
nak keluar data accurate ta ...
cecari replied at 25-5-2023 09:24 PM
motor modi pulak tu
ADVERTISEMENT