Farid Kamil sampai sekarang masih berharap dapat menyelamatkan rumah tangganya walaupun Diana Danielle tetap dengan pendirian mahu bercerai. Kata Farid, perasaan sayang dan cinta terhadap Diana masih menebal meskipun sudah lama tidak bersua muka.
"Harapan saya masih sama seperti dulu, rasa sayang saya bertambah-tambah. Saya harap hari ini saya dapat berjumpa dan bertentang mata dengan isteri saya. "Mencari kata putus untuk sama-sama membesarkan dua anak kami," katanya kepada mStar ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses Sulh bersama Diana pada petang Khamis. Dalam pada itu, Diana yang tiba di mahkamah hanya melemparkan senyuman sambil menunjukkan isyarat mini love kepada pemberita yang menanti kehadirannya tanpa sebarang komen. Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian secara baik terhadapnya.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun. -CARI
|
cikatilia replied at 25-5-2023 03:47 PM
aku ingat masa mula2 dia kawin
dia kata dia larang diana makan nasi.. so diana akan kekal lansing ta ...
ADVERTISEMENT