Seorang pengguna TikTok mendakwa dirinya majikan kepada gadis malang yang dibunuh kejam oleh teman lelakinya kerana mahu merahsiakan aib kandungan luar nikah mendakwa mangsa merupakan anak yatim piatu.
Difahamkan, lelaki itu turut dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kejadian tragis menimpa mangsa. Tegasnya, dia nekad untuk membela nasib pekerjanya itu. Walaupun jiran menyifatkan mangsa seorang pendiam, majikannya berpendapat dia seorang yang ramah dan manja. Terdahulu, suspek tergamak memukul kekasihnya sebelum menikam perut mangsa yang pengsan untuk mengeluarkan kandungan.
Dia kemudian membakar mangsa di belukar kebun sawit. Lebih tragis, keesokannya pada 23 Mei, berusia 20 tahun dan baru menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi itu sekali lagi menunggang motosikal untuk membakar mayat mangsa bagi melupuskan bahan bukti. Difahamkan, mangsa, 21, yang bekerja sebagai pelayan restoran sudah setahun menjalin hubungan dengan suspek dan hamil empat bulan sebelum dibunuh dengan kejam. - CARI
|
ADVERTISEMENT