CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jauh Beza Budaya Kerja Di NZ Dengan Malaysia, Paling Best Tak Payah Bagi MC Dan Beritahu Sakit Apa

25-5-2023 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4093| Komen: 108

Description: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.Tular ciapan seorang pelayar Twitter yang hanya ingin dikenali sebagai Alif, 27, mengenai pengalamannya bekerja di negara orang.TwitterDia yang ...
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Tular ciapan seorang pelayar Twitter yang hanya ingin dikenali sebagai Alif, 27, mengenai pengalamannya bekerja di negara orang.



Twitter

Dia yang berkelana ke New Zealand sejak 10 bulan lalu, memberi gambaran keseronokan kerja yang dirasainya.

Kongsinya mengenai perbezaan pengalaman bekerja di Malaysia, anak kelahiran Terengganu itu mendakwa perbezaan yang paling dirasai adalah budaya waktu kerja pergi dan balik yang ditepati selain tidak mempunyai aplikasi mesej berkumpulan yang kebiasaannya mengganggu staf di luar waktu kerja.


Add Image Caption Here


Malah katanya, pekerja bebas untuk mengambil cuti sakit tanpa perlu memberitahu jenis sakit.

Perkara paling diimpikan setiap pekerja di Malaysia yang telah diamalkan di negara paling selamat itu, semestinya sijil cuti sakit (MC) tidak perlu diberikan kepada majikan.

"Ada kursus diversiti dan anti-buli yang wajib diambil semua pihak.

"Tak ada gap antara staf biasa dengan ketua mahupun pengurus dalam urusan kerja seharian.

"Malah etika pemakaian dalam jabatan harian juga fleksibel... ada hari, pekerja pakai seluar pendek sahaja tetapi bukan mereka yang bekerja sebagai penyambut tetamu," jelasnya lagi.




New Zealand juga mempunyai undang-undang rehat selama 10 minit bagi setiap dua jam bekerja.

"Untuk waktu rehat 10 minit tu, aku tak ambil setiap dua jam sebab aku himpunkan terus untuk lunch... jadi lunch aku satu jam, sempat makan dan solat Zohor semua," ujarnya yang bekerja dalam sektor kewangan.

Tambahnya, setiap bandar mempunyai masjid dan surau yang mana di lokasinya sudah ada tiga buah masjid dan pusat jagaan kanak-kanak muslim.




Pejabatnya juga mempunyai ruang ibadat untuk semua agama namun hanya muslim yang sering menggunakannya.

Bukan itu sahaja, ketika ditanya bagaimana dia berulang alik ke tempat kerja, Alif menyatakan dia hanya berjalan kaki sambil berkongsi gambar beberapa ekor itik sedang berehat kononnya 'roadblock' yang sinonim dengan sekatan polis mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Malaysia.



Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan keinginan untuk mengembara ke New Zealand.

Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman masing-masing ketika bekerja di negara luar seperti Australia, Belanda dan Jerman.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samperit 25-5-2023 02:09 PM
10bulan tp gaya tulis mcm 10thn. keje masuk secara halal ke illegal tu? org2 malaysia ni bukan reti malu pun, masuk secara haram petik buah pun berani buat konten. vavi sungguh perangai! menyusahkan betul!
Quote mizruncing 25-5-2023 02:13 PM
patut cukup kan setahun baru la buat perbandingan. lg 2 bulan je
Quote ninnakarinna 25-5-2023 02:16 PM
Cikgu skola aku berenti servis ikut laki pi nz. Balik msia aritu cuti jenguk family n lawat skola.. Dia ckp kat sana anak2 lelaki dia 3 bulan skali baru potong rambut sbb mahal katanya.

Quote hokeypokey 25-5-2023 02:32 PM
betul la apa yg dia share tu.. cuma takyah bagitau la psl 10 bulan tu, kan org dh bahan..
Quote ketambangkang 25-5-2023 02:38 PM
lain kali letak la GENAP 300 HARI BEKERJA, baru la wowww
Quote annehuda 25-5-2023 02:38 PM
mmgla kat sana keje smpi pukul 3. tapi setau aku kat sana pun ikut musim jugak.  kalau mcm musim luruh kat sana maghrib pun pkl 5ptg, dah senja. kalau musim panas hari siang panjang takdenye ko nak balik pkl 3
Quote annehuda 25-5-2023 02:39 PM
gaji kt NZ pun ikut jam. mmgla bos ko tak tny sijil mc ko. ko tak nak dtg tak dpt la gaji. banding kt malaysia gaji lumpsum. takde aku rasa kt malaysia ni gaji per hour kot
Quote Simunggu 25-5-2023 02:40 PM
aku lebih suka kerja tempat sendiri
Quote Skuau 25-5-2023 02:46 PM
Msia....'Lu takmok jadi kuli...wa apa takut@risau...PATI banggala,indon,myanmar,nepal,pilak,pakis,sri lanka,rohingya ada maaa...GOMEN pung 'KASI'...maaa....
Quote whimsicalmusic 25-5-2023 05:37 PM
keje kt malaysia pn best jgk ape. masuk n blk ontime, rehat kul 12 da standby, kul 2 masuk blk. still blh wfh. ni keje support tao. jgn kecam sbb mlm kdg2 still kena smbung kerja hehehe
Quote tahanie 25-5-2023 08:16 PM
Waktu rehat tu apa beza dengan kita ya? Sama je la work 8 hours wajib rehat sejam
Quote samperit 25-5-2023 08:51 PM
tahanie replied at 25-5-2023 08:16 PM
Waktu rehat tu apa beza dengan kita ya? Sama je la work 8 hours wajib rehat sejam

x. anz atau australia & new zealand waktu rehat bukan fix 1 jam mcm malaysia tapi 30 - 40 mins. Tp ada je yg bagi 1hr break.
Quote doubleharmonic 25-5-2023 09:14 PM
tak leh lawan acik gomen sini dekkk. tak yah tunggu habis waktu kerja pon dah terus lesap dah
Quote faraway1 25-5-2023 10:45 PM
Sini 15 minit x 2 paid
Sejam makan unpaid.

Dan kalau malas, anak demam, déclare kat website aje..

Ada kumpulan mana boleh click..

Quote Samerosie 25-5-2023 10:58 PM
La kenapa kau x bgtau jugak sebab derang kasi buat mcm tu sebab kalau nak gi gp kau kena buat appt bukan mcm kat malaysia boleh je walk in. Nak tunggu appt jumpa doctor silap2 kau pun dah baik dr demam.  Btw, mcm sini juga dapat sick days leave tu 10 hari setahun kalau regular (permanent) kalau part time pro rated.  Max 2 hari without sick cert, 3rd day dia nak juga cert tu.  Masa iols kerja kat oz dulu, boleh minta cert from pharmacist (sebab gi doc pun nanti ubat kena beli kat pharmacy juga) tapi tak tau sekarang still boleh ke tak.
Quote PULANGKAN 25-5-2023 11:07 PM
Skuau replied at 25-5-2023 02:46 PM
Msia....'Lu takmok jadi kuli...wa apa takut@risau...PATI banggala,indon,myanmar,nepal,pilak,pakis,sr ...

teringat ex boss aku. dia pun cakap ayat lebih kurang sama
last2 ramai2 angkat kaki sebab company main gaji. kejap on time, kejap lewat, kejap dapat kurang, kejap2 potong itu ini

PATI jadi KULI kena tipu gaji pun diorang tak bising. kalau complain, ugut hantar balik
Quote green~tea 25-5-2023 11:19 PM
Ok lah tu sila continue bekerja di sana..
Quote Suchi 25-5-2023 11:28 PM
Suami kawan iols keje jadi tukang sembelih lembu kat sana.
Nampak mcm happy je hidup dia kat sana, sempat gak dia beranak anak dia yg bongsu kot kat sana.
Sejak pi sana dia ngn anak2 tak penah balik malaysia, suami dia je yg penah balik sorang2.
Quote ninja boy 26-5-2023 12:15 AM
Kita Malaysia nak2 bos2, manager2 dan org penting waktu nak meeting boleh kah mc mc ni, kaki hincut2 pun pergi meeting, lain lah berkerusie roda

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.253032 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top