Neelofa sekali lagi menjadi perhatian selepas berkongsi video memaparkan koleksi pakaian anaknya, Muhammad Bilal. Menerusi rakaman pendek tersebut, Neelofa menunjukkan baju-baju Bilal yang comel beserta dengan saiznya sekali.
Katanya baju-baju yang dipakai Bilal adalah bersaiz 2 hingga ke 3 tahun biarpun anaknya itu baru sahaja mencecah 1 tahun. Mana tidaknya Bilal memiliki saiz badan yang gebu seiring dengan tumbesaran dan perkembangannya. Ternyata perkongsian tersebut membuatkan peminat teruja lebih-lebih lagi melihat perkembangan Bilal. Di ruangan komen, rata-rata warganet terutamanya para ibu turut berkongsi situasi sama apabila anak-anak mereka memakai pakaian bersaiz besar dari umur sebenar.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari 2022. -CARI |
Realpeople17 replied at 25-5-2023 03:01 PM
Besar sbb melebar kn bukan memanjang. Katek tu ketara jugak la nmpk ank dia ni.
vanillaninja replied at 25-5-2023 02:56 PM
Mampu milik jugak la anak sheols pakai Next je. Founder bertitle Datin pun selalu tunjuk baju2 anak ...
orkid_amani replied at 25-5-2023 06:13 PM
Kan..maheran mcm Kita ni pun mampu beli next.. carter.. jumping bean
Nurul_007 replied at 25-5-2023 01:35 PM
Yg neutral tk komen sini ke? tk terkejut ke yg canang sale juta2 bli baju next je?
ADVERTISEMENT